Wednesday, March 5, 2014

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA TERBUKA N.SEMBILAN 2014








Tarikh : 1 dan 2 Mac 2014
Tempat : Kompleks Sukan USIM, Nilai, N.Sembilan
Penyertaan : 9 Atlet Lelaki, 3 Atlet Wanita, 2 Jurulatih dan Pengurus Pasukan.

Pasukan Olahraga Pelapis Negeri Kedah telah menyertai Kejohanan Olahraga Terbuka N.Sembilan pada 1 dan 2 Mac 2014 yang lepas. Semua atlet dan jurulatih bergerak ke sana pada 28 Febuari 2014 dan telah menginap di Green Vila Hotel yang tidak jauh dari venue pertandingan.

Ini merupakan kejohanan yang pertama disertai oleh pasukan olahraga negeri ini dan prestasi atlet juga agak memberangsangkan terutamanya pada atelt yang menjadi sasaran penyumbang pingat di SUKMA Perlis akan datang. Beberapa atlet yang berada dalam program Pelapis telah dipilih untuk menyertai Pasukan Olahraga SUKMA dan pertandingan ini merupakan ujian bagi mereka untuk melayakkan diri bagi menyertai pasukan tersebut. Bagi acara pecut iaitu 100M, 200M, 400 M menunjukkan peningkatan terutamanya dari cacatan masa dan atlet perlu bersaing dan mununjukkan peningkatan prestasi kerana mereka dipantau oleh jurulatih dan atlet yang menunjukkan prestasi terbaik akan dipilih.

Pasukan ‘relay’ Pelapis Kedah telah memperolehi pingat gangsa dalam acara 4 x 100 m melalui Mohd Ikhmal Bin Ismail, Mohd Shafiq Bin Sobri, Mohd Shahmi Faizal Bin Abdullah, dan Mohd Afifi bin Ahmad Fauzi dengan catatan masa 42.65s. Acara merejam lembing wanita juga tidak mengecewakan apabila telah menyumbang pingat perak dengan catatan jarak 41.04 m dan merupakan rekod peribadi beliau.


Sekian terima kasih.
Laporan disediakan oleh En. Hafizuddin b. Mohd Rodzi

No comments:

Post a Comment