Sunday, March 30, 2014

Laporan Kejohanan Gimnastik Artistik Remaja Kebangsaan Sirkit 1/2014








Pasukan Gimnastik Artistik Pelapis Negeri Kedah telah menyertai Kejohanan Gimnastik Artistik Remaja Kebangsaan Sirkit 1/2014 yang diadakan di Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara pada 27-29 March 2014 yang lalu. Seramai 15 orang atlet, dua orang JSM, seorang chaperone, dan seorang pegawai telah mewakili pasukan Pelapis Kedah.

Kejohanan pada hari pertama bermula pada jam 10.00 pagi dengan acara-acara yang dipertandingakan adalah daripada kategori HP1 bagi MAG dan WAG(semua peringkat umur), dan HP2 bagi MAG. Kesemua atlet Kedah yang bertanding pada hari tersebut menunjukkan prestasi di tahap terbaik dengan merangkul sebanyak 16 pingat emas, 7 pingat perak, dan 9 pingat gangsa.

Kejohanan pada hari kedua dan terakhir ialah bagi kategori HP2 bagi WAG. Seramai dua orang atlet daripada Pelapis Kedah menyertai bagi kategori ini. Prestasi semasa kejohanan berlangsung agak kurang konsisten dimana banyak kesilapan kecil dilakukan dalam satu-satu ‘apparatus’. Nampak jelas bahawa perasaan gementar atlet semasa di hari pertandingan menjejaskan momentum atlet meskipun kesalahan yang dilakukan semasa hari pertandingan tidak berlaku semasa latihan di PLN dijalankan.

Kejohanan pada kali ini tamat pada jam 12.30 tengah hari selepas selesai upacara penaympaian hadiah kepada pemenang.

Tahniah diucapkan kepada atlet yang berjaya dan teruskan usaha buat atlet yang gagal mencapai pingat pada kali ini.

Berikut adalah senarai pungutan pingat yang berjaya dirangkul oleh Pelapis Kedah.

HP1 (7-8) MAG
Luqman Hakim B Zainal Rashid
Apparatus
Score /Pingat
Individual all around
40.30 / Gangsa
Floor Exercise
8.95/ Emas
Pommel Horse
1.05/ Gangsa
Vault
7.45/ Emas
Parallel Bar
8.65/ Emas
Horizontal Bar
7.75/ Emas
  
HP1 (11-
12) MAG
Nor Saiful Aiman B Nor Azman
Apparatus
Score /Pingat
Individual all around
48.95/ Emas
Floor Exercise
9.30/ Emas
Pommel Horse
7.80/ Gangsa
Rings
6.75/ Perak
Vault
7.90/ Emas
Parallel Bar
9.20/ Emas
Horizontal Bar
8.00/ Perak

Mohd Al Fitri B Ahmad Faizal
Apparatus
Score /Pingat
Floor Exercise
9.150/ Perak
Rings
6.45/ Gangsa
Parallel Bar
8.95/ Perak

Mohd Farhan B Mohd Rashid
Apparatus
Score /Pingat
Floor Exercise
9.05/ Gangsa
Vault
7.50/ Perak

HP 1 (7-8) WAG
Ibtisam Jamilah Bt Zainal Rashid
Nurul Ainina Hazwani
Nur Adella Sephia Bt Khairil Faizal
Farah Dania Qistina Bt Mohd Faizal
Team Final: Perak (51.200)

HP1 (9-12) WAG
Nur Alia Syamira Bt Mohd Nisam
Apparatus
Score /Pingat
Individual all around
25.65/ Gangsa
Vault
6.40/ Gangsa
Uneven Bar
4.60/ Gangsa
Floor Exercise
7.10/ Emas
Balance Beam
7.55/ Emas

Siti Nor Zubaidah Bt Hasrul Haslan
Apparatus
Score /Pingat
Floor Exercise
6.75/ Perak
Balance Beam
6.75/ Gangsa

HP2 (11-12) MAG
Syakir Aiman B Subri
Apparatus
Score /Pingat
Individual all around
52.50/ Emas
Floor Exercise
9.05/ Emas
Pommel Horse
9.00/ Emas
Vault
8.80/ Emas
Parallel Bar
9.30/ Emas
Horizontal Bar
8.55/ Emas


Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Mohd Syafiq bin Md Ali.

No comments:

Post a Comment