Sunday, March 23, 2014

LAPORAN KEJOHANAN PELAPIS ZON UTARA 1/2014 (SUKAN TINJU)







LAPORAN PENUH SUKAN TINJU
Kejohanan Pelapis Zon Utara 1/2014 telah berlangsung pada 14 hingga 16 Mac 2014 di gelanggang tinju Majlis Sukan Negeri Kedah , perkarangan Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar. Sebanyak 2 kategori dipertandingkan iaitu untuk kategori umur 13-14 tahun dan 15-16 tahun. Seramai 35 atlet mengambil bahagian yangmana seramai 17 orang dari Kedah, 12 orang dari Pulau Pinang dan 6 orang dari Perlis. Pertandingan tinju ini dikendalikan oleh 3 orang juri dan 6 orang teknikal dari Persatuan Tinju Amatur Malaysia.

14 Mac 2014
Pada pukul 2.00 petang hingga 6.00 petang ketibaan kontingen-kontingen dari negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.
Malamnya pula diadakan Mesyuarat Pengurus Pasukan bagi semua negeri yang terlibat pada pukul 9.00 malam.

15 Mac 2014
Pada pukul 7.30 pagi dimulakan dengan sesi timbang berat badan para atlet yang akan bertanding.
Selesai sesi timbang berat, sesi pemeriksaan kesihatan dijalankan oleh seorang doktor dan 4 orang pembantu perubatan daripada Hospital Sultanah Bahiyyah, Alor Setar.
Selepas itu sesi undian dijalankan .
Pertandingan dijalankan tepat pukul 2.30 petang. Hanya 9 bout dijalankan pada hari ini untuk kategori 13-14 tahun dan 15-16 tahun. Hanya Kategori Umur 13-14 tahun (berat 33 kg) sahaja yang mempunyai 3 peninju, manakala kategori lain semuanya ke peringkat akhir kerana hanya mempunyai 2 orang peninju untuk kategori berat yang sama. Pertandingan untuk hari pertama ini tamat pada pukul 5.30 petang.

16 Mac 2014
Sesi pertandingan pada hari ini di langsungkan pada pukul 3.00 petang. 8 bout dijalankan untuk pertandingan peringkat akhir hari ini. Pertandingan berakhir pada pukul 4.15 petang . Selepas itu upacara penyampaian hadiah dijalankan dan telah disempurnakan oleh En. Vimalan a/l Palaniappan dan En. Muhamad Farid Mohd Fauzi. Majlis penyampaian hadiah selesai pada pukul 6.00 petang. Keputusan keseluruhan pertandingan adalah seperti di lampiran. Juga dilampirkan gambar-gambar semasa pertandingan berlangsung.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Nor Azian Hassan

1 comment: