Thursday, August 14, 2014

LAPORAN MESYUARAT JKK SUKAN OLAHRAGA BIL 1/2014






Tarikh : 12 Ogos 2014
Masa : 10.00 Pagi - 11.30 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat MSNK


Kehadiran :
1. En Mohd Farid Mohd Fauzi ( Ketua Unit - Pengerusi )
2. En Martin Sherman Anak Minggu ( Jab. Belia dan Sukan Kedah )
3. En Idris Saad ( JSM )
4. En Azizan bin Abd Wahab ( Wakil SMK Alor Janggus )
5. En Sany bin Md Saat ( JSM PPS )
6. En Abdul Halim Md Noh ( Pengetua SMK Aman Jaya )
7. En Mahalingam Vyravan ( JSM )
8. En Zamsairon Mat Dan ( JSM )
9. En Hafizuddin Rodzi ( PPN - Setiausaha )


Agenda Mesyuarat

Antara perbincangan dalam mesyuarat ini adalah taklimat tentang program bagi sukan olahraga USPTN Kedah yang telah dijalankan dan akan dijalankan. Selain daripada itu, makluman mengenai pertukaran pusat latihan negeri di SMK Dato Bijaya Setia akan ditukarkan ke SMK Aman Jaya dan perbincangan bersama pengetua juga telah bersetuju untuk membolehkan pusat latihan olahraga pelapis negeri kedah diadakan di sekolah beliau. Selain itu, mesyuarat ini juga menyentuh mengenai prestasi para atlet Kedah di SUKMA Perlis 2014 yang telah memungut sebanyak 4 Emas, 4 Perak, dan 1 Gangsa. Banyak cadangan serta idea dari para jurulatih bagi meningkatkan mutu sukan olahraga terutamanya dalam program USPTN Kedah supaya lebih mantap dan berkesan. Kerjasama dari semua pihak amat diperlukan dan bantuan dari pihak sekolah juga diharapkan bagi melahirkan atlet-atlet yang berpotensi untuk diketengahkan dan melalui Program Pelapis inilah mampu melahirkan atlet yang boleh mengharumkan nama sekolah, negeri dan seterusnya negara. Mesyuarat ditangguhkan dan berakhir pada jam 11.30 pagi




Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh En. Hafizuddin Rodzi

No comments:

Post a Comment