Sunday, August 17, 2014

LAPORAN KEJOHANAN TAEKWONDO ANTARABANGSA CK KLASIK 2014






Tarikh : 8-10 Ogos 2014
Masa : 8.30 pagi hingga 6.00 petang
Tempat : Dewan Malawati, Shah Alam, Selangor.
Bil. Atlet : 7 lelaki 2 perempuan
Bil. J/latih : 1 orang

Pasukan Pelapis USPTN.Kedah telah menyertai Kejohanan Taekwondo Antarabangsa CK Klasik Ke-8 2014, Shah Alam, Selangor. Antara atlet yang dibawa untuk menyertai kejohanan, Thevambigai A/P Raja (female super junior fin <23kg) kalah kepada Kelantan, Thevamsini A/P Raja (female super junior fin <23kg) kalah kepada Kelab Jagoh, Shasveen Raj A/L Kumar (male super junior fin <23kg) kalah kepada SPU Martial Art, Harishwaran A/L Ghandi (male super junior fly 23-25kg) kalah kepada Speed Power, Dinesh Tanabalan (male super junior welter 35-37kg) kalah kepada Kelantan Darul Naim, Abassh Veloo (male cadet 12-14 welter 49.1-53kg) mendapat pingat gangsa setelah kalah di pusingan ketiga kepada wakil dari kelab Smart. Kumaresan Chandran (male cadet 12-14 light 45.1-49kg) tidak dapt meneruskan perlawanan kerana mengalami kecederaan di pusingan kedua.

Pasukan Pelapis Kedah berjaya memungut satu gangsa sepanjang kejohanan ini. Latihan yang berterusan kepada para atlet harus diteruskan bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang pada masa akan datang

Sekian.
Laporan disediakan olah Mohd Syahir bin Mohd Sabri

No comments:

Post a Comment