Thursday, May 30, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN GIMNASTIK








Tarikh    :  28.5.2013
Masa     :  5.00 Petang
Tempa   t:  SMK Pulau Nyior

KEHADIRAN:
1.       En. Ahmad Sabri Bin Mansor (JSM)
2.       En. Mohd Faiz Bin Mohd Azmeer (JSM)
3.       11 orang atlet lelaki
4.       5 orang atlet perempuan

LATIHAN:
1. Latihan membetulkan teknik pendaratan dan lompatan
2. Latihan kekuatan fizikal
3. Latihan stamina

UJIAN:
-tiada

PERTANDINGAN:
·      Atlet-atlet pelapis gimnastik yang terpilih akan bertanding dalam kejohanan gimnastik MSSM yang akan datang.

KECEDERAAN:
-tiada

PERALATAN:
1.    Vaulting
2.   Balance Beam
3.   Spring Board
4.   Mushroom
5.  Pommel Horse
6.  Mats

PROGRAM BINAAN:
-Tiada

ULASAN:
1.    Latihan dijalankan di SMK Pulau Nyior bersama-sama atlet yang terpilih untuk ke kejohanan MSSM.
2.    Kehadiran atlet memberangsangkan.
3  Kehadiran ibu bapa di tempat latihan sedikit sebanyak mampu menaikkan moral atlet-atlet yang
   bertanding.
4. Latihan yang dijalankan lebih fokus untuk mengajar skill-skill yang berada di tahap yang lebih tinggi kerana peralatan yang ada lebih baik daripada PLN.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Mohd Syafiq.

Wednesday, May 29, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN OLAHRAGA







Tarikh: 29 Mei 2013 ( Selasa )
Masa: 4.30 Petang
Tempat: Stadium Darulaman.

KEHADIRAN : 
1. En. Mohd Zam Sairon Bin Mat Dan @ Saadan (JSM)
2. Atlet – 2 Lelaki, 3  Perempuan

LATIHAN
1. Warm Up ( Lari 2 pusingan padang)
2. Drill ABC
3. Teknik Lari Berpagar.
4. Latihan Kekuatan ( Naik-Turun Tangga ) 

UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Pasukan Olahraga Kedah akan menyertai 2 kejohanan yang besar iaitu Kejohanan Terbuka Perlis 2013 pada 1 Jun hingga 2 Jun 2013 dan Kejohanan Terbuka Kedah 2013 pada 7 Jun hingga 8 Jun 2013.

KECEDERAAN
- Tiada

PROGRAM BINAAN
- Seramai 4 orang atlet akan menyertai Kem Bakat Olahraga bagi Acara Lompatan dan Balingan pada 28 Mei hingga 3 Jun 2013  yang akan diadakan di Stadium Hang Jebat, Melaka.
- Seramai 2 atlet sedang menjalani Latihan bersama Jurulatih Olahraga Pelapis Kebangsaan pada 24 Mei hingga 4 Jun 2013 yang diadakan di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, Kuala Lumpuir.
- Program Klinik dan TID Sukan akan diadakan di Sekolah Menengah Dato Bijaya Setia, Sungai Petani, Kedah.

ULASAN
   1. Latihan berjalan dengan lancar dan mengikut masa yang ditetapkan.
2. Jurulatih memberi taklimat tentang latihan yang akan dijalankan dan memohon kepada atlet supaya fokus dan komited dalam latihan. 
3. Atlet dapat memahami dengan cepat setiap tunjuk ajar yang diberikan oleh jurulatih.   
4. Latihan berjalan dengan lancar dan penumpuan yang lebih diberikan kepada atlet yang menyertai  Kejohanan Olahraga Terbuka Olahraga Kedah 2013.

Sekian Terima Kasih.
Laporan disediakan oleh Hafizuddin Rodzi.

Thursday, May 23, 2013

PEMANTAUAN SUKAN BADMINTON







TARIKH : 21 MEI 2013
MASA : 4.30 PETANG
TEMPAT : DEWAN BADMINTON KBA, ALOR SETAR KEDAH

KEHADIRAN :


1. En. Didi Purvanto (Jurulatih BAM)
2. Atlet ( lelaki 12 orang, perempuan 6 orang)


LATIHAN :
1. Shuttle Run
2. Smash & Drop
3. Permainan Antara Atlet
4. Latihan Fizikal

UJIAN :
-

PERTANDINGAN :
Kejohanan Badminton Remaja Kebangsaan Grand Final pada 12 hingga 16 Jun 2013 di Bukit Kiara, Kuala Lumpur..

PERALATAN :
-

PROGRAM BINAAN :
-

ULASAN :

1.Latihan diadakan seperti biasa mengikut jadual yang telah ditetapkan, walaupun ketiadaan jurulatih Pn. Hildawati yang balik ke Indonesia kerana kematian bapanya, En. Ari Ansori dan En. Ong Shu Voon yang mengalami kecederaan, atlet-atlet tetap bersemangat untuk berlatih di bawah seliaan En. Didi.
2. Kehadiran atlet tidak begitu memberangsangkan kerana ramai di antara mereka yang sedang menduduki peperiksaan di sekolah tidak hadir menjalani latihan.
3. Atlet-atlet ini baru sahaja menyertai Kejohanan Badminton Tertutup Kedah Bawah Umur 10/12/14/16 yang mana mereka memenangi juara keselurulahan untuk daerah Kota Setar.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Puan Nor Azian.

Sunday, May 19, 2013

PROGRAM SUKAN TINJU USPTN KEDAH BERSAMA SMK. TUNKU PUTERA






Tarikh : 16 Mei 2013
Masa : 3.30 petang
Tempat : Dewan Terbuka, SMK. Tunku Putera, Baling
Kehadiran
1. En. Khoiri b. Mat Lazim - Pen. Kanan Kokurikulum SMK. Tunku Putera
2. En. Khairil Ihsan - SU Sukan SMK. Tunku Putera
3. En. Farid Mohamad Fauzi - PKU USPTNK
3. En. Firdaus b. Zahari - Guru Penyelaras Sukan Tinju SMK. Tunku Putera
4. En. Firdaus - Guru Penyelaras Sukan Tinju  SMK. Baling
5. En. Muzhar Yusoff - Guru SMK. Baling
6. Pn. Nor Azian Hassan - Pegawai Penyelaras Sukan Tinju USPTNK
7. En. Ganesan a/l Ramasamy - JSM USPTNK
8. Atlet - 15 orang
Acara
1. Kata Aluan Pengerusi Majlis En. Firdaus Zahari merangkap Guru Penyelaras Sukan Tinju SMK. Tunku Putera.
2. Ucapan pembukaan oleh En. Pen. Kanan Kokurikulum SMK. Tunku Putera.
3. Ucapan ringkas mengenai program sukan tinju oleh En. PKU USPTNK.
4. Pelancaran Gimik Penyerahan Peralatan Sukan Tinju oleh En PKU USPTNK kepada En. Pen.Kanan SMK. Tunku Putera.
5. Jamuan ringan.
6. Majlis bersurai.
Ulasan
1. Pihak sekolah amat berterima kasih kepada pihak USPTNK dan mahukan Majlis Penyerahan ini diadakan secara rasmi walaupun peralatan sukan tinju ini telahpun diserahkan kepada secara tidak rasmi pada bulan Januari 2013 yang lalu.
2. Pihak USPTNK berharap agar kerjasama yang erat ini dapat diteruskan untuk meningkatkan lagi mutu sukan tinju bagi melahirkan atlet-atlet yang berbakat hingga ke peringkat kebangsaan.
3. Pihak SMK. Baling juga amat berminat dan berharap agar pelajar-pelajar di sekolah berkenaan diserap masuk ke dalam program pelapis tinju USPTNK.
4. Pihak sekolah berharap agar sedikit bantuan diberikan oleh pihak Majlis Sukan Negara untuk pembinaan mini gelanggang di SMK. Tunku Putera bagi memudahkan atlet-atlet ini berlatih.

Sekian terima kasih.
Laporan disediakan oleh Puan Nor Azian bt Hassan.

MESYUARAT JKK BIL 1/2013 SUKAN SEPAK TAKRAW







Tempat : Bilik Mesyuarat, Majlis Sukan Negeri Kedah.
Tarikh : 15 Mei 2013
Masa : 2.00 petang

Kehadiran : En. Mohd Farid Bin Mohd Fauzi ( Pengerusi )
En. Lim Choo Hwa ( Timbalan Presiden PESTAK )
En. Norhilman Bin Mohd Noor ( Naib Presiden PESTAK )
En. Mohd Asraf Bin Shiratuddin ( Penyelaras MSNK )
En. Fauzi Bin Abdullah Saleh ( Wakil JBS Kedah )
En. Mohd Yusri Bin Md Rodzi ( Wakil SMK Alor Janggus )
En. Azrin Bin Abd Aziz ( Wakil SMK Tunku Anum )
En. Zabidi Bin Shariff ( JSM USPTN Kedah )
En. S.Manimaran ( JSM USPTN Kedah )
En. Mohd Zam sairon Bin Mat Dan @ Saadan ( Setiausaha )
Mesyuarat bermula dengan aluan Pengerusi dan pembentangan Perlaksanaan Program 2013 oleh En. Mohd Zam sairon Bin Mat Dan @ Saadan.

 Perbincangan
1. Untuk pelaksanaan program 2013, mesyuarat telah memutuskan bahawa pusat latihan dan jurulatih sukan sepak takraw sedia ada dikekalkan. Penambahan atlet baru akan dimasukkan di dalam Program Pelapis selepas program TID pada 29 Jun 2013.

 2. Wakil persatuan En. Lim Choo Hwa memaklumkan bahawa banyak program akan dijalankan sepanjang tahun 2013. Antara program dan kejohanan yang akan dikelolakan adalah Kejohanan Piala Mas, Piala K.P, Piala Presiden dan Piala Mas Khir Johari. Untuk Piala Mas dan Piala Mas Khir Johari tarikh masih dalam perbincangan. Untuk Kejohanan Piala K.P yang dianjurkan pada 14 – 16 Jun 2013, akan dipertandingkan dalam 3 katogeri iaitu Tertutup bawah 19 tahun, Terbuka Kebangsaan dan Antarabangsa. Persatuan juga memaklumkan akan menganjurkan kursus pengadilan sukan sepak takraw, sesiapa yang berminat boleh menghubungi PESTAK.

3. Wakil dari SMK Tunku Anum En. Azrin Bin Abd Aziz tiada masalah dalam bekerjasama dengan USPTN Kedah dan berterima kasih kerana pusat latihan masih lagi dikekalkan di SMK Tunku Anum. Beliau memaklumkan, 8 orang atlet yang terhasil dari TID 2012 masih lagi berada dalam program, cuma seorang atlet telah dikeluarkan dari program kerana masalah disiplin. Beliau juga memaklumkan, bagi kejohanan MSSK yang lepas memberi impak yang baik kerana atlet bawah 14 tahun telah memenangi semua kategori yang dipertandingkan. En. Azrin Bin Aziz juga memberi cadangan supaya semua jurulatih JPM dan JSM selalu membuat perbincang supaya tiada percangahan dalam menaikkan semula emej sukan sepak takraw di Negeri Kedah.

4. Tuan Pengerusi memaklumkan, cadangan SMK Alor Janggus sebagai pusat latihan sokongan untuk pembanggunan dan jangka masa panjang.

5. JSM En. Manimaran mengucapkan terima kasih kerana masih lagi dilantik sebagai jurulatih USPTN Kedah. Beliau juga memohon peralatan seperti pemberat kaki dan skiping kerana peralatan tersebut juga penting semasa membuat latihan.

6. JSM En. Zabidi Bin Shariff memaklumkan, berkenaan tajaan kasut dan baju sumbangan daripada Pallas Malaysia, mohon USPTN Kedah membuat surat permohonan kepada Pallas Malaysia. Beliau juga memberi cadangan dan memohon pihak USPTN dan MSNK membuat satu program latihan pembangunan dengan menjemput semua daerah berkumpul dalam satu tempat dan menjalani latihan bersama. Beliau merasakan dengan program seperti ini pihak USPTN dan MSNK dapat mengenalpasti lebih ramai atlet-atlet yang berpotensi untuk diserapkan di dalam program pelapis dan program Sukma di masa akan datang.

7. Tuan Pengerusi memohon jurulatih,persatuan dan pihak sekolah yang terlibat  membuat perbincangan dengan PPN berkenaan program-program yang dicadangkan.

8. Tuan Penyelaras MSNK telah memaklumkan bahawa untuk awal tahun sehingga bulan Jun 2013 pihak MSNK tidak dapat membantu dari segi kewangan kerana menumpukan kepada SUKMA 2013 yang akan berlangsung tidak lama lagi. Selepas SUKMA 2013 nanti pihak MSNK mungkin tiada masalah tetapi perlulah membuat permohonan terlebih dahulu. Beliau juga memberi cadangan supaya pusat sokongan di buat pada semua daerah dan penambahan peralatan untuk kemudahan latihan.

9. Tuan Pengerusi memaklumkan, dan memohon jurulatih mengenengahkan atlet keperingkat yang lebih tinggi. Kerana dengan melahirkan atlet keperingkat yang tinggi, pihak USPTN Kedah boleh memohon penambahan peralatan diripada pihak MSNM.
 (Tindakan JSM)

10. Jurulatih memohon agar kebajikan atlet yang yang sudah melepasi umur persekolahan (18 tahun ke atas ) diambil berat oleh pihak MSNK.
 (Tindakan Penyelaras MSNK)

11. Wakil daripada JBS juga memaklumkan tiada masalah untuk memberi bantuan dari segi penginapan dan tempat latihan. Bagi sukan yang terlibat dengan program JBS peruntukan tersebut haruslah dibuat oleh persatuan sendiri dengan memohon melalui Jabatan Belia Dan Sukan Negeri dengan mengisi borang e-bantuan di laman JBS Negeri dan JBS Negeri akan panjangkan kepada KBS untuk kelulusan.
(Tindakan PESTAK)

12. Tuan Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat kerana menjayakan JKK sukan sepak takraw Bil. 1/2013 dan berharap segala yang dibincangkan dapat diselesaikan besama.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Mohd Zam Sairon bin Mat Dan @ Saadan.

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN OLAHRAGA







Tarikh: 16 Mei 2013 ( Khamis )
Masa: 5.00 Petang
Tempat: Padang Stadium Mini Majlis Sukan Negeri Kedah (MSNK).
 
KEHADIRAN :  
1. En. Mohd Zam Sairon Bin Mat Dan @ Saadan (JSM)
2. Atlet – 6 Lelaki, 3  Perempuan

LATIHAN
1. Warm Up ( Lari 2 pusingan padang)
2. Drill ABC
3. Teknik Lompatan Bergalah.
4. Lunges
5. Latihan Lontaran Lembing
6. Teknik Pusingan Balingan

UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Pasukan Olahraga Kedah akan menyertai 2 kejohanan yang besar iaitu Kejohanan Terbuka Perlis 2013 pada 1 Jun hingga 2 Jun 2013 dan Kejohanan Terbuka Kedah 2013 pada 7 Jun hingga 8 Jun 2013.

KECEDERAAN
- Tiada

PROGRAM BINAAN
 - Seramai 4 orang atlet akan menyertai Kem Bakat Olahraga bagi Acara Lompatan dan Balingan pada 28 Mei hingga 3 Jun 2013  yang akan diadakan di Stadium Hang Jebat, Melaka.
- Program Klinik dan TID Sukan akan diadakan pada 10 Jun dan 11 Jun 2013 di Sekolah Menengah Dato Bijaya Setia, Sungai Petani, Kedah.

ULASAN
1. Latihan berjalan dengan lancar dan mengikut masa yang ditetapkan.
2. Jurulatih memberi taklimat tentang latihan yang akan dijalankan terutamanya dalam teknik lontaran lembing dan tukul besi yang betul.
3. Atlet dapat memahami dengan cepat setiap tunjuk ajar yang diberikan oleh jurulatih. 
4. Kehadiran atlet amat memuaskan.
5. Latihan berjalan dengan lancar dan atlet menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh.

Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh Hafizuddin Rodzi.

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN TENPIN BOLING








Tarikh : 14 Mei 2013
Masa : 6.00 petang
Tempat : Ampang Superbowl, Sungai Petani

Kehadiran 1. En. Mohd Farid Mohamad Fauzi (PKU)
2. Helmy Sharudin Che Ya (JPM)
3. Azlin Shahar (JSM)
4. Atlet - 6 lelaki, 6 perempuan

Latihan
1. Balancing
    - Step 1
    - Step 2
    - Step 3
    - Step 4
    - Step 5
2. Sparring
   - Step 1
   - Step 2
   - Step 3

Ujian
-

Pertandingan

1. Semua atlet yang menyertaai Kejohanan MSSK telahpun selesai dan ada antara atlet ini yang terpilih untuk menyertai Kejohanan MSSM di Johor Bharu pada awal Jun ini. 
2. Persiapan juga dilakukan bagi menyertai MTBC Leg di Sunway Mega Lanes pada 14-16 Jun 2013.

Kecederaan
-

Peralatan
-

Program Binaan


Ulasan
1. Latihan dijalankan seperti biasa dan kehadiran atlet tidak begitu memuaskan kerana ada di antara atlet yang akan menduduki peperiksanaan PMR dan SPM menghadiri kelas tambahan di sekolah.
2. Sedikit berbincangan ringkas diadakan bersama PKU, jurulatih dan ibu bapa atlet bagi membincangkan beberapa perkara berbangkit mengenai program latihan dan hal ehwal USPTN dan di akhir berbincangan rata-rata ibubapa amat berpuas hati terhadap jurulatih dan program latihan yang dijalankan.
3. Mengikut penilaian jurulatih terhadap prestasi atlet, terdapat meningkatan dari segi teknik dan kemahiran.
4. Dorongan yang kuat daripada ibubapa atlet sepertimana yang dapat dilihat semasa latihan menyebabkan atlet-atlet ini lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh menjalani latihan.
Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Puan Nor Azian.

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN GIMNASTIK





Tarikh   :  15.5.2013
Masa     :  5.00 Petang
Tempat:  SK Jitra 3

KEHADIRAN:
1.       En. Ahmad Sabri Bin Mansor (JSM)
2.       En. Mohd Faiz Bin Mohd Azmeer (JSM)
3.       10 orang atlet lelaki
4.       8 orang atlet perempuan

LATIHAN:
1. Latihan kekuatan fizikal
2. Latihan mengemaskan teknik 

UJIAN:
-tiada

PERTANDINGAN:
·      Atlet-atlet pelapis gimnastik baru sahaja selesai menghadapi kejohanan MSSK yang berlangsung pada 9-11 Mei 2013 yang lepas.

KECEDERAAN:
-tiada
PERALATAN:
1.    Vaulting
2.    Beam
3.    Spring Board
4.    Mats

PROGRAM BINAAN:
·      Latihan bersama yang dicadangkan akan dilakukan di Negeri Kelantan ditunda ke satu tarikh yang lain kerana jurulatih mahu memberi fokus kepada latihan untuk atlit yang bertanding dalam kejohanan MSSM.

ULASAN:
1.    Latihan dijalankan seperti biasa
2.    Kehadiran atlet memberangsangkan dan  moral atlet-atlet yang menjalani latihan berada di tahap yang baik berikutan kejayaan memperoleh pingat pada kejohanan MSSK yang lepas.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Mohd Syafiq
                                                                                                

Tuesday, May 14, 2013

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA TERBUKA NEGERI SEMBILAN 2013

 






 
 
Tarikh : 11- 12 Mei 2013
Tempat : Universiti Islam Malaysia ( USIM ), Nilai, N.Sembilan
Penyertaan : 15 Atlet Lelaki, 8 Atlet Wanita, 3 Jurulatih dan Pengurus Pasukan.

Pasukan Olahraga Negeri Kedah telah menyertai Kejohanan Terbuka Olahraga N.Sembilan 2013 pada 11-12 Mei 2013 yang lepas. Penyertaan Pasukan Olahraga Kedah ke kejohanan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada atlet dalam menghadapi suasana pertandingan yang sebenar dan kejohanan ini adalah merupakan kejohanan yang besar bagi sesetengah atlet.
Secara keseluruhanya, prestasi atlet amatlah memuaskan dan kebanyakan mereka berjaya meningkatkan serta memperbaiki catatan masa dan jarak masing-masing ketika latihan. Atlet-atlet yang berpotensi untuk meraih pingat akan dihantar untuk menyertai kejohanan yang akan datang.

B
erikut adalah atlet yang telah memperolehi pingat di kejohanan tersebut :

Nama     : Nur Syaza binti Mat Ariff
Acara     : Lompat Kijang
Pingat    : Gangsa

Nama     : Ponmalar A/P Raja
Acara     : 3000 M
Pingat    : Gangsa

Tahniah diucapkan kepada atlet-atlet yang berjaya memenangi pingat. Bagi atlet yang tidak berjaya, diharap teruskan usaha dan perbaiki kedudukan pada kejohanan yang akan datang.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Hafizuddin Rodzi.

LAPORAN KEJOHANAN TAEKWONDO SPORTEXCELL SIRKIT 2







Tarikh : 26-27 April 2013
Tempat : Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam, Selangor
Penyertaan : 10 Atlet Lelaki, 4 Atlet Wanita, 2 Jurulatih dan Pengurus Pasukan.

Pasukan Taekwondo Negeri Kedah telah menyertai Kejohanan Taekwondo Sport Excell Sirkit 2 pada 26-27 April 2013 yang lepas. Sepanjang kejohanan, segala urusan berjalan dengan lancar dan baik meskipun terdapat beberapa orang atlet mengalami kecederaan ringan semasa kejohanan. Secara keseluruhan, prestasi atlet adalah memberangsangkan dan memenuhi sasaran daripada jurulatih pasukan. Atlet-atlet yang berpotensi untuk merangkul pingat bakal dihantar untuk bertanding pada kejohanan yang akan datang. Berikut adalah senarai nama atlet yang telah menyumbang pingat pada kejohanan pada kali ini:

Pingat Emas                                                          Kategori
 Mohd Lutfi Amir bin Mazlan                                14-17 Tahun ( Light Heavy )
 Lalitaswary A/P Singgaraveloo                           Open Kategori ( Heavy )


Pingat Gangsa
 Yuvaraj A/L Rajamony                                        14-17 Tahun ( Heavy )
 Nur Syahirah bt Abdul Malek                               14-17 Tahun ( Fly )
Shahreel Akhmal B. Shaharam                              14-17 Tahun ( Middle )
Mohd Lutfi Amir bin Mazlan                                  Open Kategori ( Welter )
Nur Amalia Balqis Binti Mohd Azhar                     10-13 Tahun ( Middle )

Tahniah diucapkan kepada atlet-atlet yang berjaya memenangi pingat. Bagi atlet yang tidak berjaya, diharap teruskan usaha dan perbaiki kedudukan pada kejohanan yang akan datang.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Mohd Syafiq b. Md Ali.

Sunday, May 12, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN TINJU






Tarikh : 10 Mei 2013
Masa : 8.10 pagi
Tempat : SMK Tunku Putera, Baling

Kehadiran
1. Ganesan a/l Ramasamy - JSM
2. Atlet - 15 lelaki

Latihan
1. School Boxing
2. Earth Down
3. Larian Padang

Ujian
- Tiada

Pertandingan
1. Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan Sirkit 1 pada 6 hingga 9 Jun 2013
di MSN Taman Keramat.

Kecederaan
- Tiada

Peralatan
-

Program Binaan
- Tiada

Ulasan

1. Latihan dijalankan seperti biasa seawal jam 7.30 pagi.
2. Kehadiran atlet tidak begitu memuaskan kerana ramai di antara
mereka terlibat dengan program Qiamullail dan Kadet Remaja sekolah.
3. Para atlet dapat memahami dengan cepat teknik-teknik yang diajar
oleh jurulatih.
4. Pemilihan untuk ke kejohanan awal Jun ini akan diadakan pada hari Jumaat minggu hadapan dan jurulatih berharap agar mereka menjalani latihan dengan lebih gigih dan bersemangat untuk ke kejohanan tersebut.
5. Latihan berjalan lancar kerana atlet-atlet ini amat berminat dan
menunjukkan kesungguhan semasa menjalani latihan.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Nor Azian binti Hassan.