Tuesday, May 14, 2013

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA TERBUKA NEGERI SEMBILAN 2013

 






 
 
Tarikh : 11- 12 Mei 2013
Tempat : Universiti Islam Malaysia ( USIM ), Nilai, N.Sembilan
Penyertaan : 15 Atlet Lelaki, 8 Atlet Wanita, 3 Jurulatih dan Pengurus Pasukan.

Pasukan Olahraga Negeri Kedah telah menyertai Kejohanan Terbuka Olahraga N.Sembilan 2013 pada 11-12 Mei 2013 yang lepas. Penyertaan Pasukan Olahraga Kedah ke kejohanan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada atlet dalam menghadapi suasana pertandingan yang sebenar dan kejohanan ini adalah merupakan kejohanan yang besar bagi sesetengah atlet.
Secara keseluruhanya, prestasi atlet amatlah memuaskan dan kebanyakan mereka berjaya meningkatkan serta memperbaiki catatan masa dan jarak masing-masing ketika latihan. Atlet-atlet yang berpotensi untuk meraih pingat akan dihantar untuk menyertai kejohanan yang akan datang.

B
erikut adalah atlet yang telah memperolehi pingat di kejohanan tersebut :

Nama     : Nur Syaza binti Mat Ariff
Acara     : Lompat Kijang
Pingat    : Gangsa

Nama     : Ponmalar A/P Raja
Acara     : 3000 M
Pingat    : Gangsa

Tahniah diucapkan kepada atlet-atlet yang berjaya memenangi pingat. Bagi atlet yang tidak berjaya, diharap teruskan usaha dan perbaiki kedudukan pada kejohanan yang akan datang.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Hafizuddin Rodzi.

No comments:

Post a Comment