Sunday, May 19, 2013

MESYUARAT JKK BIL 1/2013 SUKAN SEPAK TAKRAW







Tempat : Bilik Mesyuarat, Majlis Sukan Negeri Kedah.
Tarikh : 15 Mei 2013
Masa : 2.00 petang

Kehadiran : En. Mohd Farid Bin Mohd Fauzi ( Pengerusi )
En. Lim Choo Hwa ( Timbalan Presiden PESTAK )
En. Norhilman Bin Mohd Noor ( Naib Presiden PESTAK )
En. Mohd Asraf Bin Shiratuddin ( Penyelaras MSNK )
En. Fauzi Bin Abdullah Saleh ( Wakil JBS Kedah )
En. Mohd Yusri Bin Md Rodzi ( Wakil SMK Alor Janggus )
En. Azrin Bin Abd Aziz ( Wakil SMK Tunku Anum )
En. Zabidi Bin Shariff ( JSM USPTN Kedah )
En. S.Manimaran ( JSM USPTN Kedah )
En. Mohd Zam sairon Bin Mat Dan @ Saadan ( Setiausaha )
Mesyuarat bermula dengan aluan Pengerusi dan pembentangan Perlaksanaan Program 2013 oleh En. Mohd Zam sairon Bin Mat Dan @ Saadan.

 Perbincangan
1. Untuk pelaksanaan program 2013, mesyuarat telah memutuskan bahawa pusat latihan dan jurulatih sukan sepak takraw sedia ada dikekalkan. Penambahan atlet baru akan dimasukkan di dalam Program Pelapis selepas program TID pada 29 Jun 2013.

 2. Wakil persatuan En. Lim Choo Hwa memaklumkan bahawa banyak program akan dijalankan sepanjang tahun 2013. Antara program dan kejohanan yang akan dikelolakan adalah Kejohanan Piala Mas, Piala K.P, Piala Presiden dan Piala Mas Khir Johari. Untuk Piala Mas dan Piala Mas Khir Johari tarikh masih dalam perbincangan. Untuk Kejohanan Piala K.P yang dianjurkan pada 14 – 16 Jun 2013, akan dipertandingkan dalam 3 katogeri iaitu Tertutup bawah 19 tahun, Terbuka Kebangsaan dan Antarabangsa. Persatuan juga memaklumkan akan menganjurkan kursus pengadilan sukan sepak takraw, sesiapa yang berminat boleh menghubungi PESTAK.

3. Wakil dari SMK Tunku Anum En. Azrin Bin Abd Aziz tiada masalah dalam bekerjasama dengan USPTN Kedah dan berterima kasih kerana pusat latihan masih lagi dikekalkan di SMK Tunku Anum. Beliau memaklumkan, 8 orang atlet yang terhasil dari TID 2012 masih lagi berada dalam program, cuma seorang atlet telah dikeluarkan dari program kerana masalah disiplin. Beliau juga memaklumkan, bagi kejohanan MSSK yang lepas memberi impak yang baik kerana atlet bawah 14 tahun telah memenangi semua kategori yang dipertandingkan. En. Azrin Bin Aziz juga memberi cadangan supaya semua jurulatih JPM dan JSM selalu membuat perbincang supaya tiada percangahan dalam menaikkan semula emej sukan sepak takraw di Negeri Kedah.

4. Tuan Pengerusi memaklumkan, cadangan SMK Alor Janggus sebagai pusat latihan sokongan untuk pembanggunan dan jangka masa panjang.

5. JSM En. Manimaran mengucapkan terima kasih kerana masih lagi dilantik sebagai jurulatih USPTN Kedah. Beliau juga memohon peralatan seperti pemberat kaki dan skiping kerana peralatan tersebut juga penting semasa membuat latihan.

6. JSM En. Zabidi Bin Shariff memaklumkan, berkenaan tajaan kasut dan baju sumbangan daripada Pallas Malaysia, mohon USPTN Kedah membuat surat permohonan kepada Pallas Malaysia. Beliau juga memberi cadangan dan memohon pihak USPTN dan MSNK membuat satu program latihan pembangunan dengan menjemput semua daerah berkumpul dalam satu tempat dan menjalani latihan bersama. Beliau merasakan dengan program seperti ini pihak USPTN dan MSNK dapat mengenalpasti lebih ramai atlet-atlet yang berpotensi untuk diserapkan di dalam program pelapis dan program Sukma di masa akan datang.

7. Tuan Pengerusi memohon jurulatih,persatuan dan pihak sekolah yang terlibat  membuat perbincangan dengan PPN berkenaan program-program yang dicadangkan.

8. Tuan Penyelaras MSNK telah memaklumkan bahawa untuk awal tahun sehingga bulan Jun 2013 pihak MSNK tidak dapat membantu dari segi kewangan kerana menumpukan kepada SUKMA 2013 yang akan berlangsung tidak lama lagi. Selepas SUKMA 2013 nanti pihak MSNK mungkin tiada masalah tetapi perlulah membuat permohonan terlebih dahulu. Beliau juga memberi cadangan supaya pusat sokongan di buat pada semua daerah dan penambahan peralatan untuk kemudahan latihan.

9. Tuan Pengerusi memaklumkan, dan memohon jurulatih mengenengahkan atlet keperingkat yang lebih tinggi. Kerana dengan melahirkan atlet keperingkat yang tinggi, pihak USPTN Kedah boleh memohon penambahan peralatan diripada pihak MSNM.
 (Tindakan JSM)

10. Jurulatih memohon agar kebajikan atlet yang yang sudah melepasi umur persekolahan (18 tahun ke atas ) diambil berat oleh pihak MSNK.
 (Tindakan Penyelaras MSNK)

11. Wakil daripada JBS juga memaklumkan tiada masalah untuk memberi bantuan dari segi penginapan dan tempat latihan. Bagi sukan yang terlibat dengan program JBS peruntukan tersebut haruslah dibuat oleh persatuan sendiri dengan memohon melalui Jabatan Belia Dan Sukan Negeri dengan mengisi borang e-bantuan di laman JBS Negeri dan JBS Negeri akan panjangkan kepada KBS untuk kelulusan.
(Tindakan PESTAK)

12. Tuan Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat kerana menjayakan JKK sukan sepak takraw Bil. 1/2013 dan berharap segala yang dibincangkan dapat diselesaikan besama.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Mohd Zam Sairon bin Mat Dan @ Saadan.

No comments:

Post a Comment