Tuesday, May 14, 2013

LAPORAN KEJOHANAN TAEKWONDO SPORTEXCELL SIRKIT 2







Tarikh : 26-27 April 2013
Tempat : Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam, Selangor
Penyertaan : 10 Atlet Lelaki, 4 Atlet Wanita, 2 Jurulatih dan Pengurus Pasukan.

Pasukan Taekwondo Negeri Kedah telah menyertai Kejohanan Taekwondo Sport Excell Sirkit 2 pada 26-27 April 2013 yang lepas. Sepanjang kejohanan, segala urusan berjalan dengan lancar dan baik meskipun terdapat beberapa orang atlet mengalami kecederaan ringan semasa kejohanan. Secara keseluruhan, prestasi atlet adalah memberangsangkan dan memenuhi sasaran daripada jurulatih pasukan. Atlet-atlet yang berpotensi untuk merangkul pingat bakal dihantar untuk bertanding pada kejohanan yang akan datang. Berikut adalah senarai nama atlet yang telah menyumbang pingat pada kejohanan pada kali ini:

Pingat Emas                                                          Kategori
 Mohd Lutfi Amir bin Mazlan                                14-17 Tahun ( Light Heavy )
 Lalitaswary A/P Singgaraveloo                           Open Kategori ( Heavy )


Pingat Gangsa
 Yuvaraj A/L Rajamony                                        14-17 Tahun ( Heavy )
 Nur Syahirah bt Abdul Malek                               14-17 Tahun ( Fly )
Shahreel Akhmal B. Shaharam                              14-17 Tahun ( Middle )
Mohd Lutfi Amir bin Mazlan                                  Open Kategori ( Welter )
Nur Amalia Balqis Binti Mohd Azhar                     10-13 Tahun ( Middle )

Tahniah diucapkan kepada atlet-atlet yang berjaya memenangi pingat. Bagi atlet yang tidak berjaya, diharap teruskan usaha dan perbaiki kedudukan pada kejohanan yang akan datang.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Mohd Syafiq b. Md Ali.

No comments:

Post a Comment