Monday, December 16, 2013

Laporan Hari Pertama Program Tindik bersama Pelapis Kebangsaan (PK)






Tarikh : 15 Disember 2013 (Ahad)
Masa : 12.00 tengah hari hingga 10.30 malam
Tempat : Komplek Sukan MSN Keramat

Program tindik ini diadakan selama 9 hari bermula pada 15 Disember 2013 hingga 23 Disember 2013 yang bertempat di Komplek Sukan MSN Keramat dan di Cameron Highland.

Kesemua atlet, jurulatih dan pegawai menginap di Safari Hotel, Ampang bermula 15 Disember 2013 hingga 18 Disember 2013 dan akan bergerak ke Cameron Higland untuk menjalani latihan 'physical conditioning' bersama sama atlet PK yang lain.

Hari pertama program tindik dimulakan dengan pendaftaran atlet-atlet memanah yang terpilih hasil daripada program kem bakat yang lepas. Sehingga jam 10.00 malam, kesemua atlet yang telah berdaftar adalah seramai 19 orang yang terdiri daripada 11 orang atlet lelaki dan 8 orang atlet wanita dan daripada jumlah tersebut 3 orang terdiri daripada atlet memanah Kedah.

Perjalanan program pada hari pertama lebih menjurus kepada aspek pengurusan di mana En. Giam dan saya berhubung dengan sdo-sdo negeri berkenaan ketibaan atlet-atlet daripada negeri masing-masing.
Pada jam 4.30 petang, taklimat ringkas telah diberi oleh En. Giam kepada semua atlet berhubung tentatif program pada hari berikutnya.

Jam 7.45 malam, kesemua atlet diiringi oleh sdo dan jurulatih untuk sesi makan malam berdekatan dengan tempat penginapan atlet, dan program pada hari pertama berakhir pada jam 10.30 malam.
Program pada hari kedua akan bermula pada jam 7.30 pagi dengan sesi sarapan pagi dan seterusnya sesi latihan bersama jurulatih pelapis kebangsaan.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Mohd Syafiq Md. Ali.

No comments:

Post a Comment