Wednesday, December 18, 2013

Laporan Hari Kedua Program Tindik Bersama Jurulatih PK






Tarikh : 16 Disember 2013 (isnin)
Masa : 7.30 pagi hingga 9.30 malam
Tempat : Komplek Sukan MSN Keramat
Bil. Atlet : 11 lelaki & 9 wanita
Bil. J/latih PN : 3 orang
Bil. J/latih PN : 1 orang

Bermula jam 7.30 pagi, kesemua atlet bergerak dari tempat penginapan ke komplek sukan MSN Keramat untuk bersarapan dan seterusnya menjalani latihan sesi pagi dan petang bersama jurulatih pelapis kebangsaan dan dibantu oleh tiga orang jurulatih pelapis negeri iaitu En. Zainuddin Talib, En. Amran Hamidi dan En. Jefry Ngaiman.

Kesemua atlet nampak bersemangat untuk menjalani latihan di bawah kendalian jurulatih pelapis kebangsaan iaitu En. Othman Wahab.
Latihan sesi pagi tamat pada jam 12.00 tengah hari dan disambung semula ke sebelah petang pada jam 2.30 petang selepas makan tengahari. Latihan pada sebelah petang tamat jam 6.30 petang dan diakhiri dengan pemberian baju t-shirt kepada atlet dan sedikit 'feedback' ringkas daripada En. Othman Wahab.

Sesi makan malam bermula jam 7.30 malam, kemudiannya semua atlet dibawa balik ke tempat penginapan untuk berehat.
Program pada hari ketiga akan bermula pada jam 7.30 pagi esok.

Sekain, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Mohd Syafiq Md Ali.

No comments:

Post a Comment