Wednesday, December 18, 2013

Laporan Hari Ketiga Program Tindik Bersama Jurulatih PK







Tarikh : 17 Disember 2013 (selasa)
Masa : 7.30 pagi hingga 9.30 malam
Tempat : Komplek Sukan MSN Keramat
Bil. Atlet : 11 lelaki & 9 wanita
Bil.
J/latih PN : 3 orang
Bil. J/latih PK : 1 orang

Hari ketiga program tindik dijalankan. Sesi pagi bermula daripada sarapan di komplek sukan Msn Keramat dan seterusnya latihan asas untuk semua atlet memanah. Warming up dikendalikan oleh En. Jefry Ngaiman dan dibantu oleh En. Zainuddin dan En. Amran.
En. Othman membetulkan teknik-teknik memanah kepada atlet pelapis.

Sesi petang bermula pada jam 2.30 petang selepas solat dan makan tengahhari. Kesemua atlet melakukan latihan memanah pada jarak 30M.
Sesi petang diakhiri dengan semua atlet dan jurulatih bermain futsal bersama. Cooling down di kendalikan oleh atlet pelapis kebangsaan.

Seorang atlet mengalami kecederaan ringan di bahagian lengan, En. Giam telah bawa atlet ke klinik untuk tindakan lanjut dan dinasihatkan rehat selama dua hari.
Latihan pada hari keempat akan bermula pada jam 7.30 pagi.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh Mohd Syafiq Md Ali.

No comments:

Post a Comment