Sunday, December 29, 2013

Laporan Hari Keempat Program Tindik Memanah Bersama Jurulatih PK







Tarikh : 18 Disember 2013 (rabu)
Masa : 7.30 pagi hingga 9.30 malam
Tempat : Komplek Sukan MSN Keramat

Bil. Atlet : 11 lelaki & 9 wanita
Bil.
J/latih PN : 3 orang
Bil. J/latih PK : 1 orang

Hari keempat program tindik dijalankan. Sesi pagi bermula daripada sarapan di komplek sukan Msn Keramat dan seterusnya latihan asas untuk semua atlet memanah. Warming up dikendalikan oleh atlet dan dibantu oleh En. Syafiq.

Latihan pada hari ini lebih kepada panahan pada jarak jarak tertentu yang dikendalikan oleh 3 jurulatih pelapis negeri.

En. Othman membetulkan teknik-teknik memanah kepada atlet pelapis.
Sesi pagi berakhir dengan mini games olympic round yang mempertandingkan semua peserta yang terlibat dalam program ini.

Sesi petang bermula pada jam 2.30 petang selepas solat dan makan tengahari. Sesi petang disambung dengan pertandingan olympic round buat semua peserta untuk kali kedua.

Cooling down dikendalikan sendiri oleh atlet.
Latihan dihentikan awal bagi tujuan penyimpanan alatan memanah ke dalam lori untuk dibawa ke Cameron Highland.

Pada jam 8.30 malam, En. Giam memberi sedikit taklimat ringkas mengenai pergerakan atlet ke Cameron Higland pada esok pagi dan penyerahan elaun perjalanan kepada pegawai, jurulatih dan atlet.

Pergerakan ke Cameron Highland daripada tempat penginapan adalah pada jam 8.30 pagi esok.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Mohd Syafiq Md Ali.

No comments:

Post a Comment