Sunday, November 17, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN BERBASIKAL






Tarikh   : 11 November 2013 ( Isnin )
Masa     : 4.30 Petang
Tempat : Majlis Sukan Negeri Kedah (MSNK).

KEHADIRAN :
1. En. Abdul Razak Bin Kamis (JPM)
2. En Khairul Anuar Bin Bahadun (JSM)
3. Atlet – 8 Lelaki

LATIHAN
1.  75 km Easy Ride
2.  4 x 200 Sprint

UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Pasukan Berbasikal Pelapis Negeri Kedah akan menyertai Kejohanan Berbasikal Trek Remaja Kebangsaan Sirkit 3 / 2013 pada 27 hingga 29 November 2013 di Veledrom Cheras, Kuala Lumpur.

KECEDERAAN
- Tiada

PROGRAM BINAAN
- Beberapa atlet pelapis berbasikal terpilih untuk menyertai Kem Bina Semangat anjuran USPTN Kedah yang akan diadakan pada 19-21 November 2013 bertempat di KEDA Resort.

ULASAN
1. Latihan dijalankan mengikut masa yang telah ditetapkan.
2. Atlet diberikan taklimat mengenai jalan dan latihan yang akan dijalankan. Terdapat beberapa atlet baru yang sudah menjalani latihan bersama atlet Pelapis dan akan sentiasa dipantau oleh jurulatih.
3. Pemeriksaan basikal dilakukan dengan teliti dan dibantu oleh mekanik berbasikal dari Majlis Sukan Negeri Kedah. Hal ini penting bagi melancarkan perjalanan latihan dan memastikan tiada sebarang gangguan ketika latihan di jalanraya.
4. PPN membincangkan tentang program yang akan dijalankan pada tahun 2014 dan perbincangan untuk membuka satu pusat latihan dibawah program After School Program (ASP) di Baling akan dipertimbangkan.

Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh En. Hafizuddin Rodzi

No comments:

Post a Comment