Thursday, March 15, 2012

PEMANTAUAN @ PLN SEPAKTAKRAW






Tarikh: 07.03.2012


Tempat: SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman


Masa: 5 petang


Kehadiran: 1 JSM dan 12 orang atlet.

Untuk makluman, latihan berjalan seperti biasa. Latihan kali ini dijalankan oleh En. Zabidi Shariff. En. Manimaran tidak dapat hadir pada sesi latihan kali ini kerana terlibat dengan upacara keagamaan yang berlangsung pada hari ini.

Latihan kali ini melibatkan latihan kemahiran. Diantara latihan kemahiran yang dijalankan ialah:

1) Kawalan gelanggang
2) Latihan penerimaan bola servis daripada pihak lawan
3) Teknik rejaman

Selepas selesai latihan kemahiran, atlet dibahagikan kepada beberapa regu untuk diadakan perlawanan diantara regu.

Maklumbalas daripada En. Zabidi menyatakan terdapat peningkatan prestasi atlet sepak takraw daripada pemerhatian beliau. Atlet juga telah diberi latihan bebanan bermula pada Bulan Februari lalu.

Untuk makluman, atlet di dalam program telah diberi t-shirt dan kasut yang ditaja oleh Syarikat Pallas. Gelanggang latihan juga telah diperbaiki oleh kontraktor lerlibat dan boleh digunakan bagi tujuan latihan. Pihak sekolah dan jurulatih juga berpuas hati dengan kondisi gelanggang terbabit.

Sekian, terima kasih

Laporan disediakan oleh Mohd Farid Mohd Fauzi

No comments:

Post a Comment