Thursday, September 22, 2011

KEJOHANAN TINJU REMAJA KEBANGSAAN 2011










Sukan : Tinju

Pasukan : KEDAH

Penyertaan : 4 atlet 1 jurulatih

Tempat : Kompleks Belia dan Sukan, Batu Uban, Pulau Pinang

Tarikh : 17 - 21.09.2011 ( Sabtu - Rabu )

Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan 2011 Pulau Pinang telah diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Batu Uban, Pulau Pinang. Kejohanan ini disertai oleh semua negeri kecuali Negeri Perlis dan Negeri Sabah.

Untuk pertandingan kali ini Negeri Kedah hanya menghantar seramai 4 atlet dan seorang jurulatih. Selain dari pertandingan, tujuan utama adalah untuk mendedahkan atlet - atlet tinju kepada pertandingan yang lebih tinggi. Diharapkan dengan pertandingan sebegini dapat memastikan atlet dapat membiasakan diri untuk pertandingan yang lebih tinggi pada masa akan datang. Selain dari membiasakan diri, jurulatih dan atlet dapat belajar dan mencari kesilapan serta kelemahan-kelemahan yang perlu dipertingkatkan pada pertandingan yang lain.

Jurulatih memaklumkan bahawa masih banyak kelemahan atlet yang perlu diperbaiki. Cadangan untuk menambah program latihan dan banyak melakukan ujian kecergasan di masa akan datang. Ketiadaan gelanggang dan peralatan yang mencukupi di SMK Tunku Putra menyebabkan atlet-atlet masih lagi kekok beraksi di atas gelanggang semasa pertandingan. Cadangan untuk mengadakan sparing dan mengikuti pertandingan dengan lebih kerap bagi memberi keyakinan serta membiasakan diri semasa beraksi di atas gelanggang.

Jurulatih memaklumkan sangat berbangga dengan kesungguhan serta semangat yang tinggi daripada atlet semasa pertandingan ini kerana dapat memberi saingan hebat kepada peninju-peninju dari negeri lain. Berikut adalah atlet yang layak ke peringkat separuh akhir dan mandapat pingat gangsa :-

i) MOHD FARAHIM BIN JUNAIDI - KETEGORI - 64KG ( GANGSA )

ii) AISAMUDIN MAULA BIN TAJUDIN - KATEGORI - 49KG ( GANGSA )

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh Encik Mohd Zam Sairon bin Mat Dan @ Saadan.

Tuesday, September 20, 2011

Kursus Pengurusan Strategik MSN Kedah Siri 2/2011

Berlanjutan dari Seminar Perancangan Strategik MSN Kedah Siri 01/2011 yang telah diadakan pada 07 hingga 09 Februari 2011 yang lalu, MSN Kedah sekali lagi telah mengambil inisiatif bagi menganjurkan Kursus Pengurusan Strategik Siri 02/11 yang diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut :

Tarikh. : 19 hingga 21 September 2011

Tempat : Tanjung Bunga Beach Resort,
Pulau Pinang

Antara tujuan kursus ini dijalankan adalah untuk merangka dan memperkemaskan Perancangan Strategik MSN Kedah sebagai organisasi penaung bagi kemajuan sukan di Negeri Kedah khasnya.Seramai 16 pegawai dan kakitangan MSN Kedah serta 2 pegawai dari USPTN Kedah telah terlibat dalam kursus ini. Diharapkan dengan penganjuran kursus seperti ini akan menjadikan MSN Kedah lebih efektif dalam merancang dan melaksana program - program sukan di Negeri Kedah. Kepada semua peserta, selamat berkursus diucapkan.

Fairul Fadzli

Sent from my BoLD ® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PEMANTAUAN PLN SUKAN GIMNASTIK







Sukan : Gimnastik

Kehadiran : 5 atlet 1 jurulatih

Tempat : Sekolah Rendah Kebangsaan Jitra 3, Jitra.

Masa : 4.30 hingga 6.00 Petang

Tarikh : 18.08.2011 ( Ahad )


Aktiviti./ Latihan

1. Latihan Sukan Gimnastik berjalan seperti biasa. Bagi atlet yang telah memduduki peperiksaan UPSR juga turut menjalani latihan seperti biasa.

2. Jurulatih memaklumkan bahawa sesi latihan akan ditambah bagi membuat persediaan untuk menyertai Pertandingan Gimnastik Artistik Kebangsaan S.P.T.S 2011 Peringkat Zon Utara yang akan berlangsung di Dewan Gimnasium, Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Nyior, Jitra, Kedah Darul Aman pada 29 September hingga 01 Oktober 2011.

3. Jurulatih juga memaklumkan pada 19 Oktober 2011 akan menerima kunjungan lawatan dari Sekolah-Sekolah Jajahan Selatan Thailand, Songkla Trovince. Sekolah Kebangsaan Jitra 3 amat berbangga kerana terpilih menerima kunjungan tersebut. Lawatan ini juga adalah bagi membincangkan program dan aktiviti serta berkerjasama kedua-dua belah pihak untuk meneruskan kunjungan dan lawatan ini pada setiap tahun.

4. Jurulatih juga memaklumkan bahawa, beliau akan membuat ujian kecergasan kepada atlet-atlet dalam masa terdekat ini.

Sepanjang pemantauan dibuat atlet-atlet menunjukkan minat yang tinggi dan seronok semasa menjalani latihan.

Laporan disediakan oleh Mohd Zam Sairon bin Mat Dan @ Saadan.

Thursday, September 15, 2011

Pemantauan PLN Sukan Badminton Kedah











Tarikh: 14 September 2011
Tempat: Dewan KBA, Alor Setar, Kedah.
Kehadiran: 18 orang atlet lelaki, 8 orang atlet wanita, 1 jurulatih USPTN En. Samidiono dan 3 jurulatih KBA.

Latihan atlet Sukan Badminton Kedah berjalan seperti biasa. Latihan dijalankan pada setiap hari kecuali pada hari Ahad. Latihan pada hari ini bermula pada pukul 3 petang dan berakhir pada pukul 5 petang.

Kehadiran hari ini ialah seramai 26 orang dan 4 orang jurulatih. Terdapat beberapa orang atlet tidak dapat hadir kerana terlibat dengan peperiksaan UPSR.

Latihan dimulakan dengan sesi memanaskan badan dan regangan. Latihan kemahiran untuk hari ini ialah pukulan jauh, pukulan silang, pukulan depan, mainan di jaring.

Latihan hari ini juga menekankan teknik pengawalan gelanggang. Setelah selesai latihan kemahiran, atlet dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Tujuan kumpulan dibentuk adalah untuk mewujudkan pertandingan diantara atlet.

Terdapat 7 orang atlet lelaki dan seorang atlet wanita Sukan Badminton Kedah telah menyertai Kem Bakat Sukan Prestasi Tinggi Sekolah anjuran JPN Kedah. Negeri-negeri yang terlibat dengan kem ini ialah negeri Kedah,Perlis dan Pulau Pinang. Kem ini berlangsung pada 8 hingga 10 September 2011 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah.

Berikut adalah keputusan atlet Kedah yang terlibat:

1)Mohd Tarmizi Bin Din ( Johan perseorangan peringkat umur 14 tahun).
2)Muhammad Syauqi Bin Puzi (Johan perseorangan peringkat umur 13 tahun).
3)Noor Hazwani Bt Hazair (Johan perseorangan peringkat umur 14 tahun).

Sunday, September 11, 2011

LAWATAN DAN PEMANTAUAN KE SMK KUALA NERANG ( PLN TINJU 2005 - 2007 )













Satu sesi lawatan dan pemantauan ke SMK Kuala Nerang yang dahulunya merupakan PLN bagi sukan tinju dari tahun 2005 - 2007 telah dijalankan pada tarikh dan masa seperti berikut :

Tarikh : 06 September 2011

Masa : 10.00 pagi - 1.00 petang

Sepintas Lalu.

Hasil daripada kerjasama daripada Majlis Sukan Negeri Kedah, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah dan SMK Kuala Nerang satu program pembangunan Sukan Tinju telah dijalankan di bawah Program Pembangunan Atlet Remaja Kebangsaan Cemerlang 2010 dan SMK Kuala Nerang telah dipilih sebagai Pusat Latihan Tinju Negeri.Hasil perbincangan dari semua pihak, PLN Tinju telah ditubuhkan pada Januari 2005 dengan mendapat bantuan dan sokongan daripada Majlis Sukan Negara Malaysia dengan penyaluran peralatan sementara MSN Kedah pula menyediakan kemudahan tempat latihan. Daripada program ini lahirnya atlet - atlet yang mewakili Kedah ke kejohanan Sukma dan juga di peringkat kebangsaan.

Maklumat Pencapaian Atlet dan Program

Hasil daripada program ini juga telah mencipta kejayaan sebagai Naib Johan Keseluruhan Kejohanan Tinju Peringkat Kebangsaan di Klang, Selangor sirkit 1/2005, Naib Johan Keseluruhan Kejohanan Tinju Peringkat Kebangsaan di Alor Setar sirkit 2/2005, Naib Johan Keseluruhan Kejohanan Tinju Peringkat Kebangsaan di Marang, Terangganu sirkit 3/2005, dan Johan Keseluruhan Kejohanan Tinju Peringkat Daerah Padang Terap/ Pendang. Pada tahun 2006 memperoleh 1 emas, 2 perak dan 1 gangsa dalam Kejohanan Tinju Amatur Remaja Peringkat Kebangsaan di Klang sirkit 1/2006 dan 3 emas, 1 perak dan 2 gangsa dalam Kejohanan Tinju Amatur Remaja Peringkat Kebangsaan di Perlis sirkit 2/2006 serta 2 orang atlet dari PLN ini telah terpilih untuk mewakili Negeri Kedah dalam SUKMA 2006.

Kondisi Tempat Latihan

Keadaan tempat latihan di SMK Kuala Nerang pada masa sekarang masih lagi dalam keadaan baik walau pun gelanggang ( ring ) masih tidak lengkap.Daripada pemantauan yang dijalankan juga didapati peralatan di jaga dalam keadaan baik olah pihak sekolah dan masih boleh digunakan. Adalah satu kerugian kerana peralatan yang sedia ada tidak digunakan dan program ini tidak dapat diteruskan. Menurut rekod dan maklumbalas dari pihak sekolah, gelanggang ( ring ) yang disalurkan tidak dapat dipasang kerana komponen bagi gelanggang ( ring ) tersebut tidak lengkap. Ini menyebabkan status PLN ini tergantung dan menyebabkan pelaksanaan PLN bagi sukan tinju telah ditukar ke SMK Tunku Putera di Daerah Baling pada tahun 2008.Didapati pihak sekolah juga telah menyediakan kemudahan gimnasium asas bagi program latihan tinju.Selain daripada itu, kemudahan asrama juga terdapat di sekolah ini dengan kapasiti boleh memuatkan sebanyak 400 orang pelajar Di kesempatan pemantauan ini, pihak USPTN Kedah juga turut melakukan lawatan hormat ke atas Pegawai Pelajaran Daerah Padang Terap yang baru iaitu Tn Hj. Mokhtar Hashim yang turut menunjukkan minat dan komitmen ke atas program - program sukan.

Cadangan / Tindakan

1) Pembaikan semula dan penambahan barang - barang gelanggang ( ring ) yang tidak lengkap. Seperti maklumbalas pihak sekolah kos terbabit adalah kurang lebih dalam 10 k.

Tindakan : MSNK

2) Merangka dan menyelaras pelaksanaan Klinik dan TID bagi sukan tinju di sekolah terbabit. Cadangan pada Bulan Januari 2012.

Tindakan : USPTNK

3) Menyediakan khidmat nasihat dan kepakaran jurulatih bagi pelaksanaan program latihan di sekolah terbabit.

Tindakan : MSNK / USPTNK

Pihak sekolah amat berminat dan menunjukkan komitmen jitu serta berharap agar sekolah ini terus diberi peluang sebagai Pusat Latihan bagi sukan tinju.

Sekian, terima kasih.