Thursday, September 15, 2011

Pemantauan PLN Sukan Badminton Kedah











Tarikh: 14 September 2011
Tempat: Dewan KBA, Alor Setar, Kedah.
Kehadiran: 18 orang atlet lelaki, 8 orang atlet wanita, 1 jurulatih USPTN En. Samidiono dan 3 jurulatih KBA.

Latihan atlet Sukan Badminton Kedah berjalan seperti biasa. Latihan dijalankan pada setiap hari kecuali pada hari Ahad. Latihan pada hari ini bermula pada pukul 3 petang dan berakhir pada pukul 5 petang.

Kehadiran hari ini ialah seramai 26 orang dan 4 orang jurulatih. Terdapat beberapa orang atlet tidak dapat hadir kerana terlibat dengan peperiksaan UPSR.

Latihan dimulakan dengan sesi memanaskan badan dan regangan. Latihan kemahiran untuk hari ini ialah pukulan jauh, pukulan silang, pukulan depan, mainan di jaring.

Latihan hari ini juga menekankan teknik pengawalan gelanggang. Setelah selesai latihan kemahiran, atlet dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Tujuan kumpulan dibentuk adalah untuk mewujudkan pertandingan diantara atlet.

Terdapat 7 orang atlet lelaki dan seorang atlet wanita Sukan Badminton Kedah telah menyertai Kem Bakat Sukan Prestasi Tinggi Sekolah anjuran JPN Kedah. Negeri-negeri yang terlibat dengan kem ini ialah negeri Kedah,Perlis dan Pulau Pinang. Kem ini berlangsung pada 8 hingga 10 September 2011 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah.

Berikut adalah keputusan atlet Kedah yang terlibat:

1)Mohd Tarmizi Bin Din ( Johan perseorangan peringkat umur 14 tahun).
2)Muhammad Syauqi Bin Puzi (Johan perseorangan peringkat umur 13 tahun).
3)Noor Hazwani Bt Hazair (Johan perseorangan peringkat umur 14 tahun).

No comments:

Post a Comment