Sunday, September 11, 2011

LAWATAN DAN PEMANTAUAN KE SMK KUALA NERANG ( PLN TINJU 2005 - 2007 )













Satu sesi lawatan dan pemantauan ke SMK Kuala Nerang yang dahulunya merupakan PLN bagi sukan tinju dari tahun 2005 - 2007 telah dijalankan pada tarikh dan masa seperti berikut :

Tarikh : 06 September 2011

Masa : 10.00 pagi - 1.00 petang

Sepintas Lalu.

Hasil daripada kerjasama daripada Majlis Sukan Negeri Kedah, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah dan SMK Kuala Nerang satu program pembangunan Sukan Tinju telah dijalankan di bawah Program Pembangunan Atlet Remaja Kebangsaan Cemerlang 2010 dan SMK Kuala Nerang telah dipilih sebagai Pusat Latihan Tinju Negeri.Hasil perbincangan dari semua pihak, PLN Tinju telah ditubuhkan pada Januari 2005 dengan mendapat bantuan dan sokongan daripada Majlis Sukan Negara Malaysia dengan penyaluran peralatan sementara MSN Kedah pula menyediakan kemudahan tempat latihan. Daripada program ini lahirnya atlet - atlet yang mewakili Kedah ke kejohanan Sukma dan juga di peringkat kebangsaan.

Maklumat Pencapaian Atlet dan Program

Hasil daripada program ini juga telah mencipta kejayaan sebagai Naib Johan Keseluruhan Kejohanan Tinju Peringkat Kebangsaan di Klang, Selangor sirkit 1/2005, Naib Johan Keseluruhan Kejohanan Tinju Peringkat Kebangsaan di Alor Setar sirkit 2/2005, Naib Johan Keseluruhan Kejohanan Tinju Peringkat Kebangsaan di Marang, Terangganu sirkit 3/2005, dan Johan Keseluruhan Kejohanan Tinju Peringkat Daerah Padang Terap/ Pendang. Pada tahun 2006 memperoleh 1 emas, 2 perak dan 1 gangsa dalam Kejohanan Tinju Amatur Remaja Peringkat Kebangsaan di Klang sirkit 1/2006 dan 3 emas, 1 perak dan 2 gangsa dalam Kejohanan Tinju Amatur Remaja Peringkat Kebangsaan di Perlis sirkit 2/2006 serta 2 orang atlet dari PLN ini telah terpilih untuk mewakili Negeri Kedah dalam SUKMA 2006.

Kondisi Tempat Latihan

Keadaan tempat latihan di SMK Kuala Nerang pada masa sekarang masih lagi dalam keadaan baik walau pun gelanggang ( ring ) masih tidak lengkap.Daripada pemantauan yang dijalankan juga didapati peralatan di jaga dalam keadaan baik olah pihak sekolah dan masih boleh digunakan. Adalah satu kerugian kerana peralatan yang sedia ada tidak digunakan dan program ini tidak dapat diteruskan. Menurut rekod dan maklumbalas dari pihak sekolah, gelanggang ( ring ) yang disalurkan tidak dapat dipasang kerana komponen bagi gelanggang ( ring ) tersebut tidak lengkap. Ini menyebabkan status PLN ini tergantung dan menyebabkan pelaksanaan PLN bagi sukan tinju telah ditukar ke SMK Tunku Putera di Daerah Baling pada tahun 2008.Didapati pihak sekolah juga telah menyediakan kemudahan gimnasium asas bagi program latihan tinju.Selain daripada itu, kemudahan asrama juga terdapat di sekolah ini dengan kapasiti boleh memuatkan sebanyak 400 orang pelajar Di kesempatan pemantauan ini, pihak USPTN Kedah juga turut melakukan lawatan hormat ke atas Pegawai Pelajaran Daerah Padang Terap yang baru iaitu Tn Hj. Mokhtar Hashim yang turut menunjukkan minat dan komitmen ke atas program - program sukan.

Cadangan / Tindakan

1) Pembaikan semula dan penambahan barang - barang gelanggang ( ring ) yang tidak lengkap. Seperti maklumbalas pihak sekolah kos terbabit adalah kurang lebih dalam 10 k.

Tindakan : MSNK

2) Merangka dan menyelaras pelaksanaan Klinik dan TID bagi sukan tinju di sekolah terbabit. Cadangan pada Bulan Januari 2012.

Tindakan : USPTNK

3) Menyediakan khidmat nasihat dan kepakaran jurulatih bagi pelaksanaan program latihan di sekolah terbabit.

Tindakan : MSNK / USPTNK

Pihak sekolah amat berminat dan menunjukkan komitmen jitu serta berharap agar sekolah ini terus diberi peluang sebagai Pusat Latihan bagi sukan tinju.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment