Thursday, December 22, 2011

LAPORAN RINGKAS MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA SUKAN SKUASY BIL 02/11

Salam,

Berikut merupakan laporan ringkas dari Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sukan Skuasy bil 02/11 yang telah dijalankan seperti ketetapan berikut :


Tempat : Bilik Mesyuarat MSNK

Tarikh : 20 Disember, 2011


Masa : 9.00pagi


Kehadiran : 1) En Mohd Fairul Fadzli Ahmad Muzni ( Pengerusi )

2) En Andrew Lim ( Presiden Persatuan Skuasy Kedah D.A )
3) En Cheong Pak Kau - ( S/U Persatuan Skuasy Kedah D.A )
- ( Jurulatih Penuh Masa USPTN Kedah )
4) En Hasniwati Bt Halim - ( Wakil JBSN Kedah )
5)En Ahmad Najeeb Bin Othman - ( Wakil Perbadanan Stadium Negeri Kedah )
6) Cik Norhayati Bt Hj Mohd Saad - ( Wakil Perbadanan Stadium Negeri Kedah )
7) Cik Ku Fadzilah Ku Hamid - Setiausaha/PPN USPTN Kedah

Mesyuarat di mulakan dengan aluan Tuan Pengerusi dan pengesahan minit mesyuarat kali pertama oleh semua yang hadir.

Perbincangan

1. Perlaksanaan Program 2011/2012 (Program Latihan, Pusat Latihan & Jurulatih)

Seterusnya pembentangan Perlaksanaan Program 2011 dan 2012 oleh Cik Ku Fadzilah Ku Hamid, yang merangkumi program latihan, pusat latihan dan jurulatih, dimana bagi tahun 2012 dua orang jurulatih iaitu En Ng Hun Chong telah memohon untuk berhenti menjadi Jurulatih sambilan yang berpusat di Polimas Jitra Kedah, manakala En Teh Keng Chai pula telah mendapat kelulusan pertukaran Sekolah ke Selangor yang mana sebelum ini beliau menjalani latihan di Aimst Sungai Petani. Memandangkan terdapat kekosongan jawatan JSM maka Tuan Pengerusi menyarankan agar pihak persatuan memberi penamaan calon JSM yang baru memandangkan pencapaian atlet sekarang adalah di tahap yang amat memuaskan oleh yang demikian jumlah JSM perlu di kekalkan untuk mengimbangi dengan jumlah atlet yang sedia ada. Cadangan bagi penutupan pusat di Polimas Jitra dan penambahan JSM di PLN Kompleks Hijau Kuning. Faktor pertimbangan adalah memudahkan dari segi monitoring program selaras dengan penambahan atlet yang akan dijalankan pada tahun 2012.
2. Kejohanan, Program Binaan & Peruntukan Kewangan 2011

Kejohanan yang telah mendapat bantuan kewangan


1) Milo All Star (RM3,000.00)


2) National Junior Championship 2011 (RM3,000.00)

Lain-lain bantuan kewangan

1) Gaji JPM - RM 5,135.78 x 12 bln = RM61,629.36


2) Gaji JSM - RM 450.00 x 3 JSM x 10bln = RM13,500.00

Menjadikan jumlah bantuan adalah RM6,000.00 (kejohanan) + RM75,129.36 = RM81,129.36

3. Kalender Kejohanan 2012 (Kebangsaan & Dalaman)

3.1) Kejohanan Kebangsaan - bergantung dgn keputusan Majlis. USPTN Kedah akan menilai dari segi Kuota kejohanan berdasarkan prestasi pada tahun 2011.


3.2) Kejohanan Dalaman - 1 Kedah Circuit, 1 Kedah Division dan 1 Kedah close yang akan di laksanakan pada pertengahan tahun atau hujung tahun bergantung dengan kekosongan Takwim dari SRAM dan JPN.

4. Pembentangan berkaitan senarai Pencapaian Terbaik Atlet 2011 (Kebangsaan & Antarabangsa) dan cadangan nama atlet ke Sukma Pahang 2012 adalah seperti berikut :

1) Sivasangari A/P Subramaniam
2) Nazihah Hanis Abd Razak
3) Mohd Hafiz Zafri Bin Harif
4) Ong Sai Hung
5) Mivesh Kumar
6) Aifa Azman
7) Nurul Izzah Abd Razak

5. Cadangan Isu & Permasalahan

5.1) Sewa Gelanggang - Surat permohonan pengurangan sewa gelanggang telah dikeluarkan oleh pihak Persatuan, pihak Perbadanan Stadium telah bersetuju mengurangkan kepada RM350.00 sebulan bermula dari 1 Jan, 2011.


5.2) Masalah Jurulatih untuk pasukan Elite Kedah - telah di selesaikan dengan geran bantuan dari CIMB yang membayar gaji En Jrar Aslam sebanyak RM3,500.00/sbln yang bermula dari bulan Oktober, 2011. Dan Majlis Sukan Negeri Kedah juga telah bersetuju untuk top-up sebanyak RM1,500.00 kepada persatuan.


5.3) Perpindahan atlet Kedah iaitu Teh Min Jie dan Teh Min En kerana bapanya telah bertukar tempat kerja ke Selangor.Akan dipanjangkan untuk keputusan dari Tuan Pengarah MSNK.

Sekian, terima kasih

No comments:

Post a Comment

Post a Comment