Tuesday, December 20, 2011

LAPORAN RINGKAS MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA SUKAN TENPIN BOLING BIL 02/11






Salam,

Berikut merupakan laporan ringkas daripada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sukan Tenpin Boling Bil 02/2011 yang telah diadakan seperti ketetapan berikut:-


Tempat : Bilik Mesyuarat, Majlis Sukan Negeri Kedah.

Tarikh : 19 Disember 2011

Masa : 8.30 pagi

Kehadiran : En. Mohd Fairul Fadzli Bin Ahmad Muzni (Pengerusi)

YM Hj. Tengku Zahari Bin Dato’ Tengku Mahmud (Presiden PTBK)

En. Mohd Asraf Bin Shiratuddin (Penyelaras MSNK)

Pn. Hasniwati Binti Halim (wakil JBS Kedah)

En. Rosli Abd Halim (wakil JPN Kedah)

En. Helmi Shaharuddin Bin Che Ya (JPM USPTN Kedah)

En. Mohd Farid Bin Mohamad Fauzi (Setiausaha)

Mesyuarat bermula dengan aluan Pengerusi dan pembentangan Perlaksanaan Program 2011 oleh En. Mohd Farid Bin Mohamad Fauzi.


Perbincangan

1. Pusat latihan sokongan di Alor Setar telah ditutup kerana terdapat masalah dalaman diantara pengurusan Ole-ole Superbowl dengan pengurusan Komples Sentosa Penutupan ini telah meyebabkan atlet tidak dapat menjalankan latihan di Alor Setar. JPM USPTN Kedah telah memaklumkan bahawa sebahagian atlet daripada pusat latihan Alor Setar telah bertukar pusat latihan baru iaitu di Pekan Changlun, Jitra. Atlet dari pusat latihan Alor Setar yang masih menjalani latihan di pusat latihan Changlun ialah sebanyak 5 orang.

2. Mesyuarat memutuskan kutipan RM60 daripada atlet-atlet diteruskan bagi menampung sewaan lanes bagi pusat latihan sokongan. Kutipan ini dilaksanakan oleh pihak PTBK.

3. Didalam Mesyuarat ini juga, PPN telah memaklumkan cadangan nama atlet untuk SUKMA Pahang 2012. Sebanyak 8 orang atlet dibawah Program Pelapis telah dicadangkan untuk ke SUKMA 2012 Pahang. Atlet-atlet ini akan dipantau prestasinya sebelum atlet ini mewakili SUKMA 2012.

4. Tuan Pengerusi mencadangkan satu kem psikologi untuk atlet-atlet ini yang dikendalikan oleh Institut Sukan Negara bagi memantapkan mental setiap pemain.

5. Presiden PTBK telah memaklumkan bahawa Nasi Kandar Ali akan menaja pasukan Tenpin boling Sukma Kedah 2012.

6. Tuan Penyelaras MSNK telah memaklumkan bahawa MSNK telah menaja Mohamad Amirul Bin Che Mat ke Kejohanan Antarabangsa Tebuka Pesta Pulau Pinang 2011.

7. Wakil dari JPN memaklumkan terdapat peruntukan daripada JPN Negeri bagi tahun 2012. Peruntukan ini boleh dipohan oleh Pengerusi Teknik Negeri untuk ke Kejohanan. Cadangan bagi pelarasan penyaluran bantuan kewangan ini akan dibincangkan didalam mesyuarat akan datang.

(Tindakan PPN dan JPN)

8. Wakil dari JPN pohon agar kebajikan atlet yang yang sudah melepasi umur persekolahan ( 18 tahun ke atas ) diambil berat oleh pihak MSNK.

(Tindakan Penyelaras MSNK)

9. Wakil dari JPN memaklumkan bahawa Pengerusi Teknik Tenpin Boling Kedah tidak dapat hadir ke mesyuarat memandangkan pihak JPN dalam proses pengstrukturan semula bagi lantikan PT Negeri.

10. Wakil daripada JBS juga memaklumkan terdapat peruntukan daripada Kementerian Belia Dan Sukan untuk program sukan. Peruntukan tersebut haruslah dibuat oleh persatuan sendiri dengan memohon melalui Jabatan Belia Dan Sukan Negeri dengan mengisi borang e-bantuan di laman JBS Negeri dan JBS Negeri akan panjangkan kepada KBS untuk kelulusan.

(Tindakan PTBK)

11. Penyelaras MSNK memaklumkan bahawa pihak USPTN/MSNK telah berjaya melaksanakan 2 kejohanan dalaman dari 3 yang disasarkan.

12. Evaluation dalaman dirancang untuk dijalankan pada awal Bulan Januari 2011.

(Tindakan PPN/Penyelaras MSN Kedah)

13. JPM USPTNK dan JPM MSNK masih lagi bertindak sebagai roving coach bagi memantau pusat - pusat latihan sokongan di daerah Kulim, Kota Setar,Jitra dan Langkawi bagi perjalanan program bagi tahun 2011 dan 2012. Pemantauan ke atas program ini akan dijalankan oleh PPN dan Penyelaras MSNK.

(Tindakan JPM USPTN/JPM MSNK/PPN/Penyelaras MSNK)

14. PPN telah memohon kepada Penyelaras MSNK berkenaan penglibatan JPM USPTN Kedah ke Sukma dan perkara ini akan dipanjangkan ke bagi kelulusan Pengarah MSNK. Ini adalah memandangkan majoriti atlet yang akan ke Sukma Pahang 2012 adalah terdiri daripada atlet dariProgram Pelapis Negeri.

Mesyuarat di tangguh pada pukul 10.15 pagi.

Sekian Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment