Tarikh : 08.07.2011
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Jalan Padang Hang, Gunung Keriang, KedahKehadiran : 3 Pegawai, 3 Jurulatih 28 Atlet,
Dimaklumkan pada hari jumaat yang lepas bertarikh 8 Julai 2011 Pasukan Berbasikal Kedah telah membuat Ujian Masa perseorangan termasuk atlet-atlet baru.Ujian tersebut dijalankan sejauh 15 KM untuk kesemua atlet lelaki dan perempuan.
Antara jurulatih yang terlibat adalah En. Razak Khamis, En. Khairul Anuar dan En. Zainon dan juga seorang commisar serta 1 pegawai dari MSN Kedah untuk menjalanlan ujian tersebut dan beberapa orang marshall untuk mengawal dan mengikut atlet-atlet dalam menjalani ujian tersebut. Ujian ini turut dihadiri oleh beberapa ibu bapa yang berminat untuk menyaksikan ujian masa tersebut.
Dari pemerhatian yang dibuat atlet-atlet baru menunjukkan minat dan bersungguh-sungguh dalam menjalani ujian tersebut. Atlet-atlet yang baru masih belum mempunyai peralatan yang mencukupi terutamanya kasut dimana atlet-atlet tersebut hanya memakai sport shoes dalam ujian ini.
Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Akmal bin Hashim.
No comments:
Post a Comment