Monday, July 11, 2011

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN SUKAN OLAHRAGA






















Tarikh :07 Julai 2011
Masa :8.00 Pg
Tempat :Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah.
Kehadiran : 1 Jurulatih, 2 Atlet
(Ujian Masa)

Ujian Masa Sesi Pagi
200M
Helmi Bin Ahmad (22.6s)
Hafiszal Bin Nanyan (23.8s)

Latihan Sesi Petang
Masa : 4.30 Ptg
Tempat : Majlis Sukan Negeri Kedah
Kehadiran : 1 Jurulatih, 8 Atlet

Latihan
Drill - Mini Hurdle
Teknik Balingan - Tukul Besi

Dimaklumkan atlet-atlet dari SMK Alor Janggus iaitu atlet-atlet baru telah memulakan latihan di Stadium Darul Aman 3 kali seminggu dan 2 hari di SMK Alor Janggus.
Bagi atlet-atlet senior, mereka akan menjalani latihan 2 sesi pada setiap hari kecuali pada hari jumaat.

Seorang atlet balingan iaitu Mohd Azwan Fahmi Bin Zuhairi (cakera, peluru) telah menjalani latihan di Bukit Jalil dibawah seliaan Jurulatih En. Mohd Nazar dan En. Mohd Azril. Seorang lagi atlet balingan iaitu Mohd Akmal Bin Mohd Zain (Lembing) telah pun kembali menjalani latihan bersama En. Zamsairon setelah selama 2 minggu berada di MSNM untuk menjalani rawatan Fisioterapi dan keadaan atlet tersebut beransur pulih. Pihak USPTN Kedah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pihak Cawangan Pelapis MSNM kerana memberi kemudahan kepada atlet-atlet USPTN Kedah untuk menjalani Rawatan Fisioterapi di ISN dan menyediakan makan minum serta penginapan kepada atlet-atlet terbabit.

Jurulatih memaklumkan bahawa prestasi atlet-atlet SMK Alor Janggus membanggakan kerana banyak teknik-teknik asas dapat dilakukan dengan baik. Beberapa orang atlet boleh diketengahkan dalam acara Hurdle, Sprinter serta Balingan.

Daripada pemerhatian/pemantauan yang dibuat, atlet-atlet baru dari SMK Alor Janggus menunjukkan perkembangan yang baik dimana ibu bapa memberi sokongan dengan menghantar sendiri ke Stadium Darul Aman dan Majlis Sukan Negeri Kedah untuk menjalani latihan dan atlet-atlet juga menunjukkan minat dan bersungguh-sungguh dalam menjalani latihan serta menerima segala arahan dan teguran daripada jurulatih.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Akmal b Hashim.

No comments:

Post a Comment