Monday, July 11, 2011

PEMANTAUAN LATIHAN BADMINTON DAN PERJUMPAAN PPN BARU BERSAMA ATLET DAN JURULATIH







TARIKH : 08 JULAI 2011 (JUMAAT)

KEHADIRAN : 6 ORANG JURULATIH

: 19 ATLET LELAKI

: 8 ATLET WANITA

: 1 PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI

MASA : 8:30 PAGI

TEMPAT : DEWAN BADMINTON KBA, ALOR SETAR KEDAH.

SUKAN : BADMINTON

Adalah dimaklumkan bahawa sesi latihan dimulakan dengan sesi berkenalan diantara Pegawai Pembangunan Negeri baru dengan Jurulatih dan Atlet. Jurulatih memaklumkan bahawa latihan yang dijalankan adalah untuk persediaan atlet untuk kejohanan yang terdekat iaitu Kejohanan Terbuka Kedah yang akan berlangsung pada 13 hingga 16 julai 2011 bertempat di Dewan Badminton KBA, Alor Setar, Kedah.

Latihan yang dijalankan oleh jurulatih ialah latihan kecergasan dan latihan kemahiran.

Diantara latihan kecergasan yang telah diberikan ialah latihan litar (Circuit Traning). Antara latihan yang terdapat dalam latihan litar tersebut adalah seperti berikut:

1. Push Up

2. Sit Up

3. Star Jump

4. Dip Tricep

5. Step Up

6. Reverse Curls

7. Squats

Latihan dibuat sebanyak 3 set.

Diantara latihan kemahiran yang telah diberikan oleh jurulatih kepada atlet ialah:

1. Pukulan Jauh

2. Pukulan Pendek

3. Smash

4. Drop

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh Mohd Farid bin Mohd Fauzi.

No comments:

Post a Comment