Tuesday, July 19, 2011

PEMANTAUAN @ PLN SEPAK TAKRAW







Tarikh : 18 Julai 2011
Masa : 5.00 Petang - 6.30 Petang
Tempat : SMK Tunku Anum
Kehadiran : 1 Guru, 13 Atlet

Adalah dimaklumkan atlet sukan sepak takraw telah menjalani latihan seperti biasa. Latihan dijalankan pada hari Isnin, Selasa dan Khamis. Latihan dijalankan dalam 2 sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Atlet berumur 13 dan 14 tahun menjalani latihan pada sesi pagi manakala atlet berumur 15 tahun keatas menjalani latihan pada sesi petang.

Untuk makluman, atlet sepak takraw Kedah sedang membuat persediaan untuk menyertai Kejohanan Sepak Takraw Remaja Antara Regu 20 Tahun Dan Ke Bawah Tertutup Pulau Pinang yang dijadualkan akan berlansung pada 30 julai 2011 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Batu Uban, Pulau Pinang.

Pasukan sepak takraw Kedah akan menghantar 3 regu dalam kejohanan tersebut iaitu Kedah A, Kedah B dan Kedah C.Perbelanjaan pasukan ke kejohanan ini akan menggunakan peruntukan daripada Majlis Sukan Negeri Kedah.

Jurulatih Sepak Takraw Kedah akan menjalankan ujian kecergasan ke atas atlet sepak takraw dalam masa yang terdekat untuk memastikan pasukan sepak takraw Kedah bersedia untuk menyertai kejohanan tersebut dan lain-lain kejohanan.


Tarikh Ujian Kecergasan tersebut akan diberitahu kelak.
Laporan disediakan oleh Mohd Farid bin Mohd Fauzi.

No comments:

Post a Comment