Thursday, July 14, 2011

KEJOHANAN BADMINTON SIRKIT KEBANGSAAN TERBUKA KEDAH 2011









TARIKH : 13 JULAI 2011

TEMPAT : DEWAN BADMINTON KBA, ALOR SETAR, KEDAH.

Kejohanan Badminton Sirkit Kebangsaan Proton Terbuka Kedah 2011 peringkat kedua bermula pada 13 Julai 2011 dan berakhir pada 16 Julai 2011. Kejohanan ini disertai oleh atlet-atlet yang mewakili negeri dan juga kelab.

Kejohanan ini disertai oleh beberapa orang nama besar sukan badminton seperti :

1. Datuk Lee Chong Wei (pilihan pertama kejohanan kategori perseorangan lelaki divisyen satu ).

2. Tee Jing Yi (pilihan pertama kejohanan kategori perseorangan wanita divisyen satu).

3. Hoon Thien How dan Tan Boon Heong(pilihan pertama kejohanan kategori beregu lelaki divisyen satu).

4. Ng Hui Ern dan Ng Hui Lin (pilihan pertama kejohanan kategori beregu wanita divisyen satu).

5. Ong Jian Guo dan Chong Sook Chin (pilihan pertama kejohanan kategoriberegu campuran divisyen satu).

6. Nur Mohd Azriyn Ayub (pilihan pertama kejohanan kategori perseorangan remaja lelaki divisyen dua).

7. Lim Chiew Sien (pilihan pertama kejohanan kategori perseorangan remaja wanita divisyen dua).

8. Jagdish Singh A/L Kuldip Singh dan Low Juan Sheng (pilihan pertama kejohanan kategori beregu remaja lelaki divisyen dua).

9. Goh Yea Ching dan Ho Yen Mei (pilihan pertama kejohanan kategori beregu remaja wanita divisyen dua).

10. Muhd Adib Haiqal Nurizwan dan Yap Cheng Wen (pilihan pertama kejohanan kategori beregu remaja campuran divisyen dua).

Jumlah pendaftaran mengikut kategori ialah:

1. Perseorangan lelaki divisyen satu ialah 29 peryertaan.

2. Beregu lelaki divisyen satu ialah 19 Penyertaan.

3. Perseorangan wanita divisyen satu ialah 10 penyertaan.

4. Beregu wanita divisyen satu ialah 12 penyertaan.

5. Beregu campuran divisyen satu ialah 15 penyertaan.

6. Perseorangan remaja lelaki divisyen dua ialah 117 penyertaan.

7. Beregu remaja Lelaki divisyen dua ialah 59 penyertaan.

8. Perseorangan remaja wanita divisyen dua ialah 37 penyertaan.

9. Beregu remaja wanita divisyen dua ialah 19 penyertaan.

10. Beregu remaja campuran divisyen dua ialah 14 penyertaan.

Semua peminat sukan badminton dijemput hadir bagi menyaksikan kejohanan ini.

Mohd Farid Mohamad Fauzi melaporkan dari Dewan Badminton KBA.


No comments:

Post a Comment