Monday, May 30, 2011

UJIAN KECERGASAN DAN PEMANTAUAN @ PLN GIMNASTIK

















Sukan : Gimnastik

Kehadiran : 17 atlet, 1 Jurulatih
2 Pegawai USPTN Kedah

Tempat : SK Jitra 3

Masa : 9.00 pagi hungga 12.00 tengah hari

Tarikh : 28 Mei 2011 ( Sabtu )

Aktiviti / Latihan

1. Walau pun Karnival Pelapis Negeri 01/2011 Kelantan sudah berlalu tetapi program serta latihan untuk sukan gimnastik di peringkat USPTN Kedah tetap diteruskan seperti biasa. Tujuan ujian ini dijalankan adalah bagi melihat tahap kecergasan atlet selepas pertandingan untuk pengkhususan bagi program latihan seterusnya. Jurulatih juga memberi sedikit taklimat tentang program dan aktiviti - aktiviti yang perlu semasa melakukan ujian kecergasan.

2. Jurulatih memaklumkan semasa ujian dilakukan,program dapat dijalankan dengan mudah kerana ramai atlet hadir semasa ujian dijalankan berikutan cuti penggal persekolahan. Hasil daripada pemantauan, didapati atlet dari SMK Pulau Nyior juga turut hadir bersama waris masing - masing.

3. Didapati tahap kecergasan atlet berada di dalam tahap yang memuaskan.

4. Daripada ujian tersebut, setelah membuat perbincangan dengan jurulatih, para atlet perlu memperbanyakkan latihan serta mempertingkatkan tahap kecergasan. Menurut maklumbalas daripada jurulatih, atlet tidak dapat melakukan latihan 100% kerana ruang tempat latihan yang tidak mencukupi untuk meletakan peralatan yang sedia ada. Ini juga boleh mendatangkan kecederaan kepada atlet semasa melakukan latihan.

Sepanjang ujian dilakukan, atlet - atlet memberi komitmen yang tinggi serta berdisplin dalam setiap ujian yang diberikan dan ujian berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah.

Sekian, terima kasih.

Mohd Zamsairon B Mat Dan @ Saadan melaporkan untuk USPTN Kedah.

No comments:

Post a Comment