Thursday, April 21, 2011

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN SUKAN OLAHRAGA






Salam 1 Malaysia,

Tarikh : 20 April 2011 (Rabu)

Masa : 5.00 – 7.00 petang

Tempat : SMK. Alor Janggus

Kehadiran : Atlet 30 orang termasuk atlet SUKMA, Jurulatih 1 orang

Aktiviti yang dijalankan sepanjang pemantauan.

Latihan

1. DRILL ABC, TECHNIQUE, SPEED dengan menggunakan mini hurdle(atlet baru).

2. DRILL ABC, STRENGTH, TECHNIQUE, SPEED dengan menggunakan mini hurdle. Teknik dan Drill Tukul Besi, Teknik Cakera dan Speed(30M) menggunakan Lembing (atlet SUKMA)

Perbincangan

1. Latihan berjalan seperti biasa.

2. Dari pemerhatian dan makluman daripada jurulatih atlet-atlet baru menunjukkan peningkatan iaitu dari segi latihan DRILL dimana atlet-atlet baru dapat membuat latihan tersebut dengan baik.

3. Jurulatih juga memaklumkan terdapat 2 orang atlet lelaki telah menarik diri dan memilih sukan bola sepak.

4. Jurulatih juga memaklumkan untuk membawa atlet-atlet baru menyertai Kejohanan Kedah Open sebagai pendedahan yang pertama untuk mereka akan tetapi pada Kejohanan berlangsung atlet-atlet terbabit akan menduduki peperiksaan pertengahan tahun dan perkara ini akan dibincangkan semula dengan pihak sekolah dan waris mengenai pelepasan atlet-atlet terbabit.

5. Untuk atlet-atlet SUKMA pula latihan dijalankan sedikit berbeza iaitu jurulatih membuat latihan mengikut acara masing-masing.

Makluman

1. Satu perjumpaan atlet telah diadakan setelah selesai menjalani latihan dimana turut hadir Pemangku Ketua Unit USPTN untuk melihat sesi latihan yang dijalankan.

2. Terdapat 3 orang atlet lama yang yang kembali menjalani latihan. Atlet-atlet tersebut adalah dari acara 4 x 400, 100 dan 200 serta lompat kijang.

3. Atlet-atlet SUKMA akan menyertai Kejohanan Terbuka Perak pada 30 April hingga 1 Mei 2011. Bagi atlet-atlet baru mereka akan menyertai Kejohanan Terbuka Kedah pada 13 hingga 15 Mei 2011 di Stadium Darul Aman.

4. Kehadiran atlet-atlet amat membanggakan dengan merujuk senarai kehadiran yang terdapat pada jurulatih. Ini adalah satu perkembangan yang baik dimana atlet-atlet menunjukkan minat yang tinggi untuk terus menjalani latihan.

Sekian untuk makluman.

Laporan disediakan oleh Akmal bin Hashim

1 comment: