Thursday, April 21, 2011

PEMANTAUAN @ PLN BERBASIKAL



Tarikh : 20 April 2011

Masa : 4.30 PETANG

Tempat : Stadium Sultan Abdul Halim

Kehadiran : Atlet 10 orang, Jurulatih 1 orang

AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG PEMANTAUAN

Latihan

  1. EASY RIDE 40 KM
  1. Atlet membuat persediaan untuk menjalani latihan dengan memeriksa keadaan basikal masing-masing.

Perbincangan.

  1. Jurulatih memaklumkan atlet-atlet akan ke kejohanan Berbasikal Road di Melaka. Seramai 17 orang atlet akan menyertai kejohanan tersebut.
  2. Memaklumkan kepada jurulatih untuk membuat persedian ke kejohanan trek pada 6-8 mei di Kuala Lumpur akan tetapi pada masa yang sama pihak MSNK telah membuat satu latihan pusat di Veledrom Cheras untuk persediaan ke sukma 2011.

(akan membuat perbincangan semula dengan Penyelaras Negeri Kedah)

  1. Jurulatih memaklumkan atlet-atlet baru dari SMK Alor Janggus masih belum melaporkan diri untuk menjalani latihan ini adalah kerana basikal yang sedia ada masih belum mencukupi.

Makluman.

  1. Pada hari ini atlet-atlet akan bertolak ke Melaka untuk menyertai Kejohanan GP3 Kebangsaan dan Kejohanan Piala Ketua Menteri Melaka, semua atlet terlibat. Peruntukan adalah dibawah tanggungan Majlis Sukan Negeri Kedah.
  2. Menjalani Latihan Intensif Fasa 1 di Velodrom Cheras Kuala Lumpur selama 16 hari dari 16 Mei hingga 21 Mei 2011, dan seterusnya Fasa 2 dari 27 Mei hingga 2 Jun di Velodrom Cheras. Segala perbelanjaan untuk Latihan Intensif tersebut ditanggung oleh pihak Majlis Sukan Negeri Kedah.
  3. Penyelaras juga memaklumkan peralatan basikal dan makanan tambahan untuk Latihan Intensif tersebut mencukupi.
  4. Terdapat seoarang atlet baru telah melaporkan diri dan menjalani latihan yang pertama iaitu Mohd Zulkifli bin Sahbani 13 Tahun.

Sekian. Terima kasih.

Laporan disediakan oleh Akmal Hashim


No comments:

Post a Comment