Sunday, April 24, 2011

LAWATAN DATO' KETUA PENGARAH MSNM KE SMK TUNKU ANUM TUNKU ABDUL RAHMAN















Salam 1 Malaysia
Tarikh : 22 April 2011
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Pusat Latihan Angkat Berat Sek. Men. Keb. Tunku Anum
Tunku Abdul Rahman, Jitra, KEDAH.
Bersempena kunjungan YBhg. Dato’ KP ke negeri Kedah, beliau telah meluangkan masa untuk melawat PLN Angkat Berat di Sek.Men.Tunku Anum Tunku Abdul Rahman, Jitra untuk melihat dengan lebih dekat pusat latihan yang telah menghasilkan ramai atlet angkat berat yang berbakat untuk negara. Pada masa yang sama, YBhg. Dato’ juga sudi melawat pusat latihan sepaktakraw dan olahraga yang mana semuanya berada di dalam kawasan sekolah ini. Di samping melawat pusat latihan, YBhg. Dato’ sempat beramah mesra dan memberikan kata-kata perangsang kepada atlet-atlet tersebut yang kebanyakannya amat teruja bertemu dengan YBhg. Dato’ . Selesai lawatan, YBhg. Dato’ telah diraikan dalam jamuan makan tengah hari yang telah diadakan di Darul Aman Goft And Country Resort, Jitra. Semoga dengan kehadiran YBhg. Dato’ dapat menaikkan lagi semangat atlet-atlet di negeri Kedah ini dan sekelian warganegeri jelapang padi menyanjung tinggi kedatangan YBhg. Dato’ ke negeri kami. Seribu ucapan ribuan terima kasih kepada YBhg. Dato’ kerana sudi melapangkan masa. Serangkap pantun tanda ingatan :
Hijau Kuning Warna Kebanggaan Kami,
Gunung Jerai Melambai Di Kejauhan,
Warga Jelapang Padi Menyanjung Tinggi,
Kehadiran Dato’ Memberi Sejuta Impian,
Laporan disediakan oleh : Nor Azian Hassan

1 comment: