Thursday, April 21, 2011

PEMANTAUAN @ PLN ANGKAT BERAT ( SMK ALOR JANGGUS )







Salam 1 Malaysia,

Satu sesi pemantauan PLN Angkat Berat di SMK Alor Janggus telah dijalankan seperti ketetapan berikut : -

Tarikh : 20 April 2011
Masa : 4.00 hingga 6.00 pm
Tempat : PLN Angkat Berat, SMK Alor Janggus
Jurulatih : Mohd Norshah Rizal Bin Ruslan
Kehadiran : 12 atlet ( 7 Lelaki, 5 Wanita )

Seramai 12 atlet telah hadir bagi mengikuti sesi latihan ini. Program latihan adalah seperti berikut :-

1) Standing Snatch ( 8 set ) - Bentuk latihan ini adalah tertumpu kepada kekuatan pull and speed.

2) Clean Squat ( 6 set ) - Disiplin latihan ini ialah bagi membentuk kekuatan kaki atlet.

3) Jerk Press ( 4 set ) - Disiplin latihan ini pula bertujuan untuk membentuk kekuatan
tangan dan menahan bebanan yang diangkat.

Walaupun baru sahaja 2 bulan atlet - atlet ini menjalani latihan, 80 % teknik angkatan telah pun berjaya dipraktikkan. Kejohanan terdekat yang akan disertai oleh atlet - atlet ini ialah Kejohanan Angkat Berat Zon Utara yang dijadualkan akan berlangsung di Perlis pada Bulan Mei 2011.

No comments:

Post a Comment