Monday, May 2, 2011

PERJUMPAAN BERSAMA WARIS DAN ATLET PLN TENPIN BOLING






Salam 1 Malaysia,

Venue : Ampang Superbowls, Sg Petani
Tarikh : 25 April, 2011
Masa : 5.30 petang - 7.30malam

Perjumpaan ini di adakan adalah bertujuan untuk memberi penerangan kepada atlet dan waris yang terpilih di dalam program USPTN Kedah. Sesi latihan bagi tahun 2011 akan dijalankan sebanyak 3 kali seminggu iaitu :-

Selasa : 8.30 malam - 10.30 malam
Rabu : 5.30 petang - 7.30 malam
Jumaat : 8.30 malam - 10.30 malam

Kepada atlet yang tidak hadir latihan sebanyak 3 kali tanpa alasan yang kukuh akan di keluarkan dari program. Penerangan ini juga menyentuh berkaitan hal masalah sewaan lane bagi tahun 2010 yang telah di selesaikan pada tahun 2011 dan latihan akan di jalankan seperti biasa. Manakala jumlah penyertaan pertandingan peringkat kebangsaan adalah sebanyak 2 kali pada tahun ini.

Para waris juga diminta agar memberikan kerjasama bagi memudahkan jurulatih-jurulatih yang di lantik menjalankan tugas mereka dengan lancar. Prosuder ini penting bagi melancarkan sistem latihan yang akan dijalankan.

Dengan program sebegini diharapkan agar Kedah dapat melahirkan atlet-atlet yang berjaya di masa depan.

Laporan disediakan oleh Ku Fadzilah Ku Hamid

No comments:

Post a Comment