


Berikut merupakan laporan ringkas dari Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sukan Memanah Bil 01/11 yang telah diadakan seperti ketetapan berikut :
Venue : Bilik Mesyuarat, MSNK
Tarikh : 20 Februari, 2011
Masa : 3.00 petang
Kehadiran : En. Mohd Fairul Fadzli Bin Ahmad Muzni (Pengerusi)
En. Hussein Abdullah (Setiausaha PMNK)
En. Manaf B. Mohamad (JSM USPTN)
En. Mokhtar Bin Mohamad (Wakil JPN)
En. Azemi Abdun (Penyelaras MSNK)
Pn. Roskiah Hj Badri (Wakil JBSNK)
En. Ahmad Nor (JPM MSNK)
Cik Ku Fadzilah Ku Hamid (Setiausaha)
Cik Ku Fadzilah Ku Hamid (Setiausaha)
Mesyuarat di mulakan dengan aluan Pengerusi dan pembentangan mengenai Perlaksanaan Program 2011 oleh Cik Ku Fadzilah Ku Hamid.
Perbincangan
1) Memantau kemajuan latihan atlet yang berlatih di luar Kedah (Nurul Asiah di Universiti Terenganu dll) untuk atlet tersebut mewakili Negeri Kedah di SUKMA 2012. Mesyuarat juga memohon Jurulatih di peringkat negeri perlu mewujudkan hubungan yang baik dengan jurulatih di Pelapis Serantau dan Elit bagi tujuan untuk merekodkan prestasi atlet memanah Negeri Kedah yang berada di dalam program tersebut..
(Tindakan En Azemi Abdun/Cik Ku Fadzilah/JPM/JSM)
2) Perkongsian Pintar di antara pihak USPTN, JPN dan sekolah Cluster seperti SMK Dato' Syed Ahmad Kuala Nerang dan SMK Sik yang mempunyai peralatan yang canggih dan mencukupi.
(Tindakan Cik Ku Fadzilah Ku Hamid)
3) Masalah Peralatan terutamanya peralatan seperti arrow di Pusat Latihan sedikit sebanyak telah dapat di selesaikan di mana pihak MSNK telah bersetuju untuk menyalurkan peralatan SUKMA yang ada kepada jurulatih USPTN
(Tindakan En. Ahmad Nor)
4) Menambah jurulatih yang berminat untuk mengikuti kursus Sijil Kejurulatihan Tahap 1 pada bulan Mac akan datang untuk menghasilkan jurulatih muda. JPN akan turut bekerjasama bagi proses hebahan kepada guru - guru sekolah yang berminat.
(Tindakan JPN, MSNK, PSN dan USPTN)
5) Bagi memupuk dan menarik minat pelajar-pelajar di sekolah-sekolah cluster seperti SMK Syed Ahmad Kuala Nerang dan SMK Sik klinik sukan akan di jalankan dengan kerjasama pihak PPD.
(Tindakan PPN USPTN)
6) En. Ahmad Nor (JPM MSNK ) telah di pilih menjadi roving coach untuk memantau latihan untuk menambah kemahiran jurulatih-jurulatih di sekolah sekolah di semua daerah.
(Tindakan En Ahmad Nor)
7) Kejohanan dalaman akan di adakan pada 15-16 Julai bagi mendapatkan "seeding" pemanah untuk mewakili negeri ke Karnival Pelapis Negeri Sirkit 2 di Perlis.
(Tindakan PPN USPTN)
Sekian, terima kasih
No comments:
Post a Comment