


Berikut merupakan laporan ringkas dari Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sukan Tenpin Boling Bil 01/11 yang telah diadakan seperti ketetapan berikut : -
Tempat : Bilik Mesyuarat, MSNK
Tarikh : 21 Februari 2011
Masa : 9.00 Pagi
Kehadiran : En. Mohd Fairul Fadzli Bin Ahmad Muzni (Pengerusi)
Pn. Shabinar Binti Abd. Halim (Wakil JPN Kedah)
Mesyuarat di mulakan dengan aluan pengerusi dan pembentangan Perlaksanaan Program 2011 oleh En. Akmal Hashim.
Perbincangan
1. Masalah sewaan lane di Ampang Superbowl Sungai Petani yang dipohon oleh Majlis Sukan Negeri Kedah untuk di bahagikan kepada Alor Setar sebanyak 2 lane tidak akan di bahagikan oleh kerana masalah kewangan dimana sewaan di Ampang Superbowl Sungai Petani telah dikurangkan daripada 10 ke 8 lane sahaja dan terdapat seramai 20 atlet yang berdaftar di bawah Program Pelapis Negeri berlatih di sana.
2. Mesyuarat memutuskan untuk mewujudkan pusat latihan sokongan di Langkawi, Alor Setar dan Kulim. Mengenai sewaan lane juga telah diputuskan dengan membuat kutipan daripada atlet-atlet yang terpilih di semua pusat latihan sebanyak RM 60.00 untuk membayar sewaan lane di Langkawi dan Kulim, Bagi elaun Jurulatih pula pihak PTBK bersetuju untuk memberi elaun kepada Jurulatih yang berada di Kulim dan Langkawi. Kutipan tersebut juga akan digunakan untuk menambah sewaan lane di Alor Setar Mesyuarat juga memutuskan untuk meletakkan seramai 20 orang atlet bagi setiap pusat sokongan. Pecahan atlet di setiap Pusat Latihan Sokongan adalah seperti berikut :
Alor Setar,Kulim ;A ( u12 ) - 10 orang, AA - 10 orang
Langkawi : A (u12 ) - 8 orang, AA - 12 orang
(Tindakan PTBK dan MSNK)
3. Wakil dari JPN memaklumkan terdapat peruntukan daripada JPN Negeri. Peruntukan tersebut boleh dipohon oleh Pengerusi Teknik Negeri untuk menjalani program pembangunan. Cadangan untuk penglibatan PT Negeri dalam mesyuarat yang akan datang.
(Tindakan PPN/JPN)
4. Wakil dari JBS juga memaklumkan terdapat peruntukan dari Kementerian Belia Dan Sukan untuk program sukan. Peruntukan tersebut haruslah dibuat oleh Persatuan sendiri dengan memohon melalui Jabatan Belia Dan Sukan Negeri dengan mengisi borang e-bantuan di laman web JBS Negeri dan JBS negeri akan panjangkan kepada KBS untuk kelulusan. JBS juga menekankan bahawa peruntukan tersebut adalah dari KBS dan permohonan yang dibuat mestilah lengkap mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh KBS.
(Tindakan PTBK)
5. Cadangan untuk JPM USPTNK dan JPM MSNK untuk bertindak selaku Roving coach bagi memantau latihan di pusat - pusat latihan sokongan.
(Tindakan JPM USPTNK dan JPM MSNK)
6. 3 sirkit dalaman juga akan dijalankan oleh pihak MSNK/USPTNK bagi mengenalpasti atlet yang berpotensi dan seterusnya mewujudkan seeding ranking di peringkat negeri. Hanya atlet yang terbaik sahaja akan dibawa ke sirkit kebangsaan.
(Tindakan JPM/JSM/PPN/MSNK)
7. Tuan pengerusi menekankan bahawa peruntukan yang disalurkan untuk ke kejohanan haruslah digunakan dengan berhemah dengan mengurangkan perbelanjaan dari segi penginapan dan pengangkutan dimana pihak JBS telah memberi cadangan penginapan di Kompleks Belia JBS yang terdapat di setiap negeri dan memohon pengangkutan JPN untuk ke kejohanan. Tuan pengerusi juga memaklumkan supaya segala permohonan perlulah dibuat lebih awal untuk mengelakkan masalah yang timbul seperti penginapan, pengangkutan dan pelepasan pelajar untuk ke kejohanan.
(Tindakan PPN USPTN)
8. Tuan Pengerusi meminta agar melaksanakan program ini dengan semua agensi yang terlibat untuk melancarkan program serta memberi manfaat kepada atlet-atlet yang terlibat. Tuan pengerusi juga menyarankan kepada semua yang hadir memberi kerjasama untuk menjayakan program tersebut.
Mesyuarat di tangguhkan pada pukul 11.15 pagi
Sekian, terima kasih
No comments:
Post a Comment