Tuesday, March 1, 2011

MESYUARAT JKK SUKAN SKUASY BIL 01/11





Berikut merupakan laporan ringkas dari Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sukan Skuasy Bil 01/11 yang telah diadakan seperti ketetapan berikut :

Venue : Bilik Mesyuarat, MSNK

Tarikh : 20 Februari, 2011


Masa : 10.00 pagi


Kehadiran : En. Mohd Fairul Fadzli Bin Ahmad Muzni (Pengerusi)
En. Andrew Lim (Presiden SRAK)
En Ahmad Najeeb b. Othman (PSNK)
En. Fauzi Bin Abdullah Saleh (JBSNK)
Pn. Roskiah Hj. Badri (JBSNK)
Pn. Hapmawati Bt Derani (PSNK)
En. Mohktar B. Mohamad (Wakil JPN)
En. Ng Hun Chong (Bendahari SRAK & JSM USPTN)
En. Cheong Pak Kau (JPM USPTN)
Cik Gan Kooi Hwa (JSM USPTN)
En. Teh Keng Chai (JSM USPTN)

Cik Ku Fadzilah Ku Hamid (Setiausaha)


Mesyuarat di mulakan dengan aluan pengerusi dan pembentangan Perlaksanaan Program 2011 oleh Cik Ku Fadzilah Bt. Ku Hamid.

Perbincangan

1) Masalah JPM En Mubashir Gul yang akan bertukar ke SRAM sebagai jurulatih kebangsaan yang telah menimbulkan masalahkepada atlet Kedah kerana tidak mempunyai "sparing coach" untuk atlet elit di negeri Kedah. Dimana sekarang ni atlet-atlet Keda telah mempunyai rekod yang baik di peringkat antarabangsa dan kebangsaan. (Cth : Sivansangari, Nazihah, Ong Sai Hung dll) Walaubagaimanapun masalah ini haruslah di tangani secepat mungkin kerana ini akan menurunkan prestasi atlet dan kemungkinan besar atlet akan berhijrah ke negeri lain untuk berlatih akan mendatangkan kerugian kepada negeri Kedah.Pihak MSN Kedah juga telah bersetuju untuk menanggung sebahagian gaji calon JPM tersebut
.
(Tindakan PPN USPTN & SRAK)

2) Masalah sewa gelanggang yang tiada peruntukan bermula dari tahun 2010, di mana pihak persatuan telah menyuarakan masalah kekangan kewangan dari pihak persatuan sendiri berhubung masalah ini, saranan dari wakil Perbadanan Stadium En Najeeb agar membuat rayuan pengurangan sewa gelanggang.Pembayaran bagi sewaan gelanggang juga telah diputuskan untuk dibiayai oleh pihak SRAK pada tahun 2011.
(Tindakan PPN USPTN)

3) Tuan Pengerusi meminta agar di laksanakan perkongsian pintar dari semua agensi yang akan mendatangkan manfaat kepada atlet-atlet negeri Kedah sendiri.

4) En Mokhtar dari Jabatan Pelajaran Kedah telah mensarankan agar guru pengiring dari sekolah mengiring atlet-atlet ke
pertandingan di luar Kedah ataupun ke luar negara untuk mengelakkan sebarang masalah yang timbul kelak.
(Tindakan PPN USPTN)

5) "Database" atlet di panjangkan ke JPN untuk kebaikan atlet sekiranya mereka ingin melanjutkan pelajaran ke IPTA.

(Tindakan PPN USPTN)

6) SRAK memaklumkan bahawa proses 'grinding flooring' telah dijalankan di Gelanggang Skuasy diKompleks Sukan Muadzam Shah dan kos bagi proses terbabit telah dibayar oleh pihak SRAK berjumlah RM 3600.00

Mesyuarat di tangguhkan pada 12.45 tengahari.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment