Thursday, January 6, 2011

PENYERAHAN PERALATAN BAGI SUKAN ANGKAT BERAT DAN SESI PERBINCANGAN BERSAMA PIHAK PENGURUSAN SMK ALOR JANGGUS
















Bertitik tolak daripada pembentangan berkaitan Program Pelapis bersama pihak pengurusan SMK Alor Janggus yang telah diadakan pada 29 Julai 2010 yang lepas, 1 lagi siri perbincangan bagi pelarasan program bersama telah diadakan pada tarikh, tempat dan masa seperti berikut : -

Tarikh : 04 Januari 2011
Tempat : Pejabat Pengetua,, SMK Alor Janggus
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengah hari.
Kehadiran : ,2 Guru PK, 3 guru SMK Alor Janggus, 3 Pegawai USPTN Kedah,1 JPM

Angkat Berat MSNK

Tujuan perbincangan ini dijalankan ialah bagi menyelaraskan program bagi sukan Angkat Berat,Olahraga dan Berbasikal.Antara perkara dan isu yang dibincangkan ialah seperti berikut:

1. Pihak SMK Alor Janggus menyatakan bahawa tempat latihan, bilik pejabat jurulatih dan stor simpanan peralatan bagi sukan Angkat Berat telah siap dibina. Pihak sekolah telah menanggung kos bagi pembinaan tempat latihan dan stor tersebut.

2. Cadangan tarikh bagi penganjuran klinik dan TID bagi sukan Angkat Berat, Berbasikal dan Olahraga ialah pada 30 Januari 2011. Pihak sekolah juga memaklumkan bahawa lebih kurang 200 pelajar Tingkatan 1 dan 2 telah dikenalpasti bagi penganjuran program ini. Pihak sekolah juga akan membantu dari segi penglibatan guru- guru yang akan turut mengawasi pelajar – pelajar bagi melicinkan perjalanan program.

3. Pihak sekolah memohon agar pihak USPTNK/MSNK membantu dari segi bantuan perlatan.

4. Pihak sekolah juga bersetuju bagi menyediakan slot asrama kepada atlet yang dirasakan layak.Ini ialah kerana bagi sukan Angkat Berat, pengambilan atlet dari luar Daerah Kota Star akan dijalankan.

5. Jurulatih bagi sukan Angkat Berat memaklumkan bahawa 2 platform latihan adalah diperlukan bagi menjalani latihan. Pihak sekolah secara dasarnya bersetuju bagi menyediakan material bagi pembinaan platform terbabit.

6. Bagi sukan olahraga pula, 2 acara dikhususkan bagi SMK Alor Janggus iaitu lontaran dan juga lari berpagar ( throwers and hurdle)

Tindakan pihak USPTN/MSNK

1. Bantuan peralatan bagi sukan Angkat Berat telah pun dihantar pada 04 Januari 2011. Antara peralatan yang dihantar ialah seperti berikut :-

A) Bar lelaki – 3 batang

B) Bar wanita – 1 batang

C) Plat 25kg ( merah ) – 2 keping

D) Plat 20kg ( biru ) – 2 keping

E) Plat 15 kg ( kuning ) – 4 keping

F) Plat 10kg ( hijau ) – 4 keping

G) Plat 5kg ( hitam) – 4 keping

H) Plat 2.5 kg ( hitam) – 4 keping

I ) Plat 1.25 ( kuning ) – 4 keping

J) Rak plate – 2 unit

K) Squat stand – 2 unit

L) Chalk besen – 1 unit

M) Magnesium carbonat – 1.6 kg

2. Menyediakan 2 platform pasang siap bagi sukan Angkat Berat di SMK Alor Janggus. Material bagi platform ini akan disediakan oleh SMK Alor Janggus.

3. Merangka dan menyelaras pelaksanaan klinik sukan dan TID pada 30 Januari 2010.

4. Memberikan khidmat nasihat dan kepakaran jurulatih untuk pelaksanaan berkaitan program latihan di sekolah terbabit.

Secara dasarnya,pihak pengurusan SMK Alor Janggus amat berminat dengan pelaksanaan program seperti ini. Situasi menang - menang seperti ini diharapkan dapat melahirkan atlet yang berkualiti bagi Negeri Kedah khasnya.

No comments:

Post a Comment