Thursday, January 6, 2011

PEMANTAUAN PLN BADMINTON




Add Image



Tarikh : 6 Januari, 2011
Tempat : KBA, Alor Setar, Kedah
Masa : 9.30 pagi
Kehadiran : 6 org atlet - sesi pagi

Hasil Pemantauan

Jumlah atlet bagi sesi pagi adalah 10 orang, walaubagaimanapun ketika pemantauan hanya 6 atlet yang hadir. Setelah berbincang dengan jurulatih iaitu En Samidiono, pemilihan atlet ke skuad KBA telah pun dibuat oleh Jawatankuasa pemilihan KBA. Atlet haruslah mencapai 70% kehadiran setiap bulan manakala bagi atlet yang tidak mencapai 70% kehadiran, mereka tidak di benarkan mewakili negeri Kedah ke mana-mana pertandingan.

Berikut adalah di antara syarat yang perlu di penuhi oleh atlet yang ingin memasuki Program Latihan KBA 2011 :

1) Komitmen yang tinggi, dedikasi dan bertanggungjawab.

2) Latihan 6 hari seminggu, Ahad - rehat, Wajib hadiri latihan Jumaat & Sabtu, 2 hari (Isnin - Khamis)

3) Atlet tidak dibenarkan mengikuti sebarang latihan persendirian, dibolehkan dengan kebenaran KBA

4) Semua tajaan hanyalah melalui KBA

5) Atlet boleh dikeluarkan dari program jika prestasi/disiplin tidak memuaskan di tahap yang ditetapkan oleh KBA.

6) Sebarang ketidakpuasan hati/kemusykilan haruslah di salurkan kepada Pengerusi Pemilihan dan kejurulatihan.

7) Atlet akan menerima tawaran memasuki BJSS/Pusat Latihan BAM sekiranya tawaran diberikan.

Bagi atlet-atlet yang terpilih di kehendaki menghantar borang penerimaan tawaran selewat-lewatnya 16 Januari, 2011.

Laporan disediakan oleh Cik Ku Fadzilah.

No comments:

Post a Comment