Wednesday, January 5, 2011

PEMANTAUAN PLN OLAHRAGA












Tarikh : 04 Januari 2011 (Selasa)

Masa : 8.00 – 10.00 pagi / 5.00 – 7.00 Petang ( 2 sesi )

Tempat : Stadium Sultan Abdul Halim

Kehadiran : Atlet 4 orang, Jurulatih 1 orang

Aktiviti yang dijalankan sepanjang pemantauan.

Latihan

1. Drill ABC, SPEED ENDURANCE, STRENGTH TRANING.

Perbincangan.

1. Jurulatih menjalankan latihan pertama untuk tahun 2011 dan latihan dijalan kan kepada atlet yang tidak bersekolah.

2. Jurulatih hanya menjalani latihan ringan kerana atlet baru melaporkan diri dan latihan dijalankan pada sebelah pagi dan petang. Latihan juga akan dijalankan di SMK Alor Janggus bersama-sama atlet baru pada minggu hadapan.

3. Jurulatih memaklumkan bahawa terdapat sedikit masalah iaitu kekangan dari segi kewangan bagi atlet yang tidak bersekolah kerana mereka tidak mempunyai sumber pendapatan yang tetap untuk menjalani latihan pada setiap hari.

4. Memaklumkan kepada jurulatih dan atlet bahawa USPTN Kedah akan mengadakan TID pada 30 Januari 2011 dan mereka terlibat untuk program TID tersebut.

5. Atlet memaklumkan tiada masalah semasa menjalani latihan dan jurulatih menjalankan tugas dengan sebaiknya. Tiada masalah yang timbul antara atlet dan jurulatih semasa latihan ataupun pertandingan yang disertai.

6. Di akhir pemantauan, atlet-atlet menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh dan menerima teguran daripada jurulatih dengan baik untuk meningkatkan prestasi masing-masing.


Laporan disediakan oleh En. Akmal Hashim.

1 comment: