Wednesday, January 5, 2011

PEMANTAUAN PLN GIMRAMA









Tarikh : 4 Januari, 2011 ( Selasa )
Masa : 5.30 ptg
Tempat : Tingkat 4, Star Parade, Alor Setar
Kehadiran
Gymnas : 8 orang
Jurulatih : Cik Katerina Asenova, (Pn. Rahimah tidak hadir kerana demam)

Hasil Pemantauan

1.Hasil dari permantauan, gymnas telah bersedia untuk ke ujian pengredan yang akan di jalankan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Kedah pada bulan Januari 2011 (tarikh belum di tentukan lagi oleh Pengerusi Teknik Negeri)

2.MSSM bagi sukan gimrama akan di adakan di Kedah pada 16-19 Mac, 2011, yang dikendalikan oleh Jabatan Pelajaran Negeri, oleh yang demikian gymnas juga dalam persediaan ke Kejohanan tersebut.

3.Kami menunggu kelulusan daripada pihak Majlis Sukan Negeri untuk mengunakan Dewan baru bersebelahan Stadium Suka Menanti, yang sedang menunggu kkelulusan CF daripada pihak JKR. Oleh yang demikian buat sementara waktu gymnas masih lagi berlatih di ruang di tingkat 4, Star Parade, Alor Setar, Kedah.

4.Komitmen dari ibubapa dan minat para gymnas semakin meningkat.

Tindakan lanjut PPN.

Mencari tarikh dan waktu yang sesuai untuk mengadakan mesyuarat JKK untuk berbincang lebih lanjut tentang status Cik Katerina sebagai Jurulatih Majlis Sukan Negeri untuk tahun 2011. Permit kerja beliau juga akan berakhir pada 31hb Januari, 2011. Mesyuarat juga akan turut membincangkan aktiviti dan program yang akan di jalankan pada tahun 2011.

Akan berbincang dengan pihak Majlis Sukan Negeri Kedah untuk kelulusan pengunaan dewan yang baru sebagai pusat latihan.

Laporan disediakan oleh Cik Ku Fadzilah.


No comments:

Post a Comment