Tuesday, October 21, 2014

KEDAH DARUL AMAN-BENGKEL KEJURULATIHAN PROGRAM PENGGALAKAN SUKAN (PPS) 2014







Tarikh : 19 Oktober 2014 (Ahad)
Masa : 3.00pm - 10.15pm
Tempat : Pearl International Hotel, Kuala Lumpur
Bil. J/latih : 4 orang

Bengkel Kejurulatihan Program Penggalakan Sukan (PPS) 2014. Hari pertama bengkel, Kedah menghantar 4 orang jurulatih dari sukan olahraga & angkat berat. Taklimat penerangan berkaitan PPS serta hala tuju program dari En.Rashid B. Ramli, Ketua Unit Pelapis Negeri (KUPN). Seterusnya, Pengarah Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara Malaysia (PCP), En.Jefri Ngadirin memberi taklimat.

Pada sebelah malam, PPN dibahagikan mengikut sukan. PPN Kedah ditugaskan menjaga sukan memanah. Sesi bengkel memanah dimoderator oleh jurulatih dari pasukan Elit Kebangsaan iaitu En. Norizham B. Ishak dan En. Marbawi B. Sulaiman. Disertai 11 jurulatih lelaki dan 2 orang wanita berjumlah 13 orang jurulatih PPS. Sesi pada sebelah malam diakhiri dengan soal jawab ringkas.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Muhammad Syahir Bin Mohamed Sabri.

No comments:

Post a Comment