Monday, January 23, 2017

LAPORAN PERJUMPAAN PERSATUAN BERBASIKAL KEDAH BERSAMA MAJLIS SUKAN NEGERI KEDAH






Tarikh: 19 Januari 2017 ( Khamis )
Masa: 10.30 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat MSNK

KEHADIRAN :
1. En. Zaim Ahmad - Timbalan Presiden
2. En Samsuddin Abdullah - Naib Presiden
3. En Zainon Ismail - Penolong Setiusaha
4. En Noraidiazhar Sulaiman - Teknikal Persatuan
5. En Noor Azman Zainol - Timbalan Pengarah MSNK
6. En Annuar Musa - Penggiat Sukan Berbasikal



PERBINCANGAN

1. Perjumpaan ini bagi membincangkan mengenai perancangan Kejohanan Lumban Basikal Terbuka Kedah sempena Hari Keputeraan Tuanku Sultan Kedah.
2. Pembentangan dilakukan oleh En Noraidiazhar iaitu Bahagian Teknikal Persatuan dan segala pembentangan disertakan dalam kertas kerja yang diberikan kepada pihak MSNK.
3. Selain itu juga, perjumpaan ini juga membincangkan tentang perjalanan program kejohanan ini dan memerlukan penglibatan beberapa agensi kerajaan yang terlibat bagi membantu dalam menjayakan kejohanan ini.
4. Pihak persatuan juga membincangkan mengenai program pada tahun 2017 dan beberapa keputusan perlu dibincangkan dalam Mesyuarat JKK akan datang.


Sekian terima kasih.
Laporan disediakan oleh En Hafizuddin Bin Mohamad Rodzi

No comments:

Post a Comment