Tuesday, November 22, 2016

PERJUMPAAN WARIS BERSAMA TUAN PENGARAH MAJLIS SUKAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN










Tarikh : 18 November 2016 (Jumaat)
Masa : 9.00 – 11.00 Pagi

Kehadiran :

1. Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah Darul Aman
2. SDO - 3 orang
3. JPM MSNK – 1 orang
4. JSM - 1 orang
5. Atlet – 20 orang
6. Waris Atlet – 36 orang


Jemputan perjumpaan waris atlet yang telah terpilih bagi sukan Menembak bersama Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah bertujuan untuk meminta kerjasama dan sokongan daripada waris-waris untuk sama-sama membantu atlet dalam memajukan diri dalam sukan. Perjumpaan ini juga untuk menerangkan hala tuju program pembangunan Majlis Sukan Negeri Kedah kepada waris atlet agar dapat memahami sedikit sebanyak mengenai sukan Menembak. Ini juga untuk memastikan pihak waris memahami dengan sedalamnya berkenaan program dan kelebihan yang atlet terima apabila memasuki dalam program ini. Pihak MSNK juga menerangkan dan memastikan waris-waris akan lebih berkeyakinan untuk membenarkan atlet ini menghadiri latihan yang akan dijalankan di bawah pengawasan JPM MSNK (Encik Zulkiffli bin Ismail) dan JSM (Encik Sazali bin Dzahuri).


Sekian, Terima Kasih.
Laporan Disediakan Oleh Puan Nur Ira Mastura binti Baharum

No comments:

Post a Comment