Monday, September 14, 2015
LAPORAN UJIAN KECERGASAN SUKAN TAEKWONDO
Tarikh : 12 September 2015
Masa : 12.00 Tengahari – 2.30Petang
Tempat : Dewan Badminton (KBA)
Kehadiran :
1. Jurulatih - 3orang
2. Pegawai USPTN - 4 Orang
3. Pegawai ISN - 5 Orang
4. Atlet - 17 Orang (9L, 8W)
SukanTerlibat:
1. Sukan Taekwando.
Ulasan :
Ujian Kecergasan yang telah berlangsung melibatkan 17 orang atlet dari dua pusat latihan negeri iaitu pusat latihan di Bedong dan Kulim. Jumlah Atlet yang hadir tidak seperti yang dimaklumkan iaitu seramai 25 hingga 30 orang kerana atlet-atlet tersebut terlibat dengan Program Peperiksaan Penilaian Tingakatan 3(PT3). Ujian ini telah dikendalikan oleh 5 orang pegawai dari pihak Institut Sukan Negara (Pusat Satelit Kedah). Pada jam 12.00 tengahari para atlet dikumpulkan untuk mendengar beberapa taklimat ringkas dari pihak ISN berkaitaan ujian-ujian yang akan atlet lakukan sebelum sesi memanaskan badan.
Selepas selesai mendengar taklimat daripada Pegawai ISN, para atlet telah diuji dengan beberapa ujian yang telah ditetapkan oleh pihak ISN. Antara ujian yang telah dilakukan adalah seperti berikut:
1. Standing Broad Jump
2. Jangkauan melunjur
3. Tekan Tubi
4. Bangun Tubi
5. Lompatan Menegak
6. Yoyo Test
Tujuan ujian ini diadakan bagi mengukur tahap kecergasan, kekuatan otot dan daya tahan otot atlet selepas melakukan latihan harian dan sebelum menyertai kejohanan. Hasil ujian ini akan dianalisa oleh pihak ISN dan ujian seterusnya akan dijalankan pada masa akan datang. Kerjasama dari semua terutamanya dari pihak ISN, jurulatih dan ibubapa yang sudi membantu dalam memberi sokongan dan tenaga amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih
Laporan disediakan oleh, Cik Murni Shafila Bt Saad
Labels:
2015,
TAEKWONDO,
UJIAN KECERGASAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment