Sunday, June 21, 2015

KEJOHANAN ZON UTARA SIRI 2 / 2015 - SUKAN TINJU










Kejohanan Pelapis Zon Utara Siri 2 / 2015 telah membuka tirai pada tahun 2015 dimana Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Kedah telah terpilih sebagai tuan rumah dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Kedah dan Persatuan Negeri. Kejohanan ini melibatkan 5 jenis sukan iaitu Tinju, Olahraga, Angkat Berat, Memanah dan Sepak Takraw dan ia berlangsung selama 3 hari di venue yang berlainan iaitu sukan Memanah, Tinju & Sepak Takraw (Kompleks Sultan Abdul Halim), iaitu Angkat Berat (SMK Alor Janggus), dan Olahraga (SMK Tunku Anum).

Berikut merupakan laporan bagi sukan Tinju :

Tarikh : 12 Jun 2015 ( Jumaat )
Masa : 8.00 malam

Hari Pertama :

Kejohanan Pelapis Zon Utara Siri 2 / 2015 bagi sukan tinju dimulakan dengan ketibaan kontingen setiap negeri ke penginapan masing-masing dan semua negeri tiba selewat-lewatnya jam 5.30 petang. Mesyuarat Pengurus Pasukan Tinju telah diadakan di Bilik Mesyuarat Majlis Sukan Negeri Kedah pada jam 8.00 malam. Mesyuarat ini diadakan bagi memberikan taklimat mengenai perjalanan kejohanan dan memaklumkan mengenai perubahan jadual dan atlet negeri masing-masing. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ketua Unit Kedah iaitu En Mohd Farid bin Mohd Fauzi dan turut dihadiri oleh Penyelaras Sukan Tinju MSNK ( Pengarah Pertandingan ), 2 orang hakim dari Persatuan Tinju Kebangsaan, Jurulatih serta PPN Negeri yang terlibat. Penekanan mengenai atlet yang telah bertanding dalam sirkit kebangsaan tidak dibenarkan bertanding amat dititkberat dan pengerusi memberi penegasan berkaitan hal demikian. Mesyuarat tamat pada jam 9.30 malam. Berikut merupakan statistic penyertaan bagi setiap pasukan :

BIL
PASUKAN
JUMLAH ATLET
JUMLAH
U14
U16
1.
KEDAH
8
5
13
2.
PERLIS
3
7
10
3.
P.PINANG
9
3
12

JUMLAH
20
15



Hari Kedua
Tarikh : 13 Jun 2015
Masa : 8.00 pagi
Sesi Pagi :

Pada jam 8.00 pagi pemeriksaan perubatan dan timbang berat dijalankan di bilik teknikal / gym silat Majlis Sukan Negeri Kedah dan pemeriksaan perubatan telah dikendalikan oleh pasukan perubatan dari Hospital Sultanah Bahiyah. Setelah selesai pemeriksaan perubatan diteruskan dengan timbang berat setiap atlet yang bertanding bagi menentukan kategori yang bakal atlet sertai dan timbang berat ini telah dikendalikan oleh para jurulatih dan teknikal pertandingan. Undian dijalankan setelah selesai timbang berat dengan semua jurulatih hadir dalam sesi undian ini. Undian tamat pada jam 10.30 pagi dan pertandingan bermula pada jam 2.00 petang.




Sesi Petang :

Perlawanan bermula pada jam 2.30 petang setelah kehadiran pasukan perubatan. Perlawanan berlangsung dengan baik dan lancarnya tanpa ada sebarang kecederaan teruk. Banyak perlawanan yang berlangsung adalah perlawanan suku akhir kerana penyertaan atlet hanyalah seramai 35 orang dan beberapa perlawanan dijalankan ke perlawanan akhir pada keesokan harinya. Perlawanan tamat pada jam 6 petang.



Hari Terakhir
Tarikh : 14 Jun 2015 ( Ahad )
Masa : 2.00 petang

Hari terkahir kejohanan bermula pada jam 2.30 petang dengan 8 bout dijalankan pada hari ini dan kesemuanya adalah perlawanan akhir. Semuanya berjalan dengan lancar dan tiada sebarang kecederaan serius yang berlaku kepada atlet sepanjang perlawanan diadakan. Perlawanan tamat pada jam 5.00 petang dan hadiah pemenang disampaikan oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Perlis iaitu En Syaiful Rizal Bin Mohd Shukri serta Ketua Unit Kedah En Mohd Farid Mohd Fauzi. Tahniah kepada semua pemenang.

No comments:

Post a Comment