Sunday, June 21, 2015

KEJOHANAN PELAPIS ZON UTARA SIRI 2 / 2015- SEPAK TAKRAW






Kejohanan Pelapis Zon Utara Siri 2 / 2015 telah membuka tirai pada tahun 2015 dimana Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Kedah telah terpilih sebagai tuan rumah dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Kedah dan Persatuan Negeri. Kejohanan ini melibatkan 5 jenis sukan iaitu Tinju, Olahraga, Angkat Berat, Memanah dan Sepak Takraw dan ia berlangsung selama 3 hari di venue yang berlainan iaitu sukan Memanah, Tinju & Sepak Takraw (Kompleks Sultan Abdul Halim), iaitu Angkat Berat (SMK Alor Janggus), dan Olahraga (SMK Tunku Anum).

Berikut merupakan laporan bagi sukan Sepak Takraw :

Hari Pertama

Tarikh : 12 Jun 2015 ( Jumaat )

Masa : 6.00 petang

Mesyuarat Pengurus Pasukan telah diadakan di bilik mesyuarat MSNK pada jam 6.00 petang dan semua jurulatih dan PPN setiap negeri yang bertanding hadir dalam mesyuarat ini. Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat ini adalah dari segi jumlah penyertaan bagi setiap negeri, perubahan atlet dalam regu, dan jadula pertandingan. Pengarah Pertandingan bagi sukan ini telah dikendalikan oleh En Jayasuria Jaafar yang juga merupakan Pengerusi Teknik Sukan Sepak Takraw bagi Negeri Kedah. Berikut merupakan statistik atlet bagi setiap negeri bagi sukan sepak takraw :



BIL
PASUKAN
JUMLAH ATLET
JUMLAH
U12
U14
U16
1.
KEDAH
4
11
11
26
2.
PERLIS
8
11
13
32
3.
P.PINANG
0
11
11
22

JUMLAH
12
33
35
80



Mesyuarat ini tamat pada jam 7.30 malam.



Hari Kedua
Tarikh : 13 Jun 2015 ( Sabtu )
Masa : 8.00 pagi

Pada hari ini, Kategori Bawah 12 Tahun membuka tirai gelanggang sepak takraw dengan 10 perlawanan akan dijalankan dan sebanyak 4 pasukan ( regu ) didaftarkan. Kategori Bawah 12 Tahun dijalankan secara pusingan dan mata yang terbanyak akan dipilih sebagai johan dalam kategori ini. Selain itu juga, kategori Bawah 14 Tahun juga dijalankan serentak pada hari pertama dengan 6 pasukan yang akan bertanding dan ia dibahagikan kepada 2 kumpulan. Perlawanan separuh akhir dan akhir akan dijalankan pada hari terakhir kejohanan. Gelanggang C pula membuka tirai bagi kategori Bawah 16 tahun dengan 7 pasukan yang bertanding dan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Perlawanan separuh akhir dan akhir juga akan dijalamnkan pada hari terakhir kejohanan. Semua perlawanan tamat pada jam 5.00 petang dan akan bersambung pada keesokan harinya. Secara keseluruhan pengelolaan kejohanan pada hari kedua berjalan dengan lancar dan seperti yang dirancang.

Hari Terakhir
Tarikh : 14 Jun 2015 ( Ahad )
Masa : 8.00 pagi

Pertandingan bermula pada jam 8.30 pagi dan antara perlawanan yang akan dijalankan pada hari ini adalah kategori double bawah 14 tahun dan 16 tahun.Selain itu juga perlawanan separuh akhir dan akhir juga dijalankan bagi kedua-dua kategori. Semua perlawanan dijalankan tanpa ada sebarang gangguan dan semuanya berjalan dengan baik. Semua perlawanan tamat pada jam 12 tengahari dan acara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Unit USPTN Kedah, En Mohd Farid Mohd Fauzi dan En Adnan Saidin iaitu Raja Sepak Takraw Malaysia serta merangkap Naib Presiden Persatuan Sepak Takraw Kedah.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh En. Hafizuddin b. Mohd Rodzi.

No comments:

Post a Comment