Wednesday, November 26, 2014

LAPORAN KEM TAHUNAN ATLET PELAPIS NEGERI - ZON UTARA 2014




Tarikh : 22 hingga 24 November 2014
Tempat : Kem Paya Pahlawan Lake Resort Jitra, Kedah Darul Aman
Peserta : 50 orang atlet, 4 Jurulatih dan 7 orang Pegawai.


Unit Sukan Prestasi Tinggi ( USPTN ) Kedah, Perlis dan Pulau Pinang telah menganjurkan Kem Tahunan USPTN Pelapis Zon Utara 2014 yang telah mengumpulkan seramai 150 orang atlet dari pelbagai sukan bagi setiap negeri dibawah program USPTN. Seramai 50 orang atlet, 4 orang jurulatih dan 7 orang pegawai dari USPTN Kedah telah menyertai kem tersebut.


Hari pertama program pada 22 November 2014 dimulakan dengan pergerakan semua atlet negeri masing-masing ke Kem Paya pahlawan, Jitra dan semua atlet perlu mendaftarkan diri terlebih dahulu pada jam 12.00 tengahari disusuli dengan makan tengahari sehingga jam 2.00 petang. Program bermula pada jam 2.30 petang denga sesi Ice Breaking dan pembahagian atlet dipecahkan kepada 10 kumpulan. Perancangan aktivit seterusnya adalah Jungle Tracking akan tetapi akibat cuaca hujan lebat aktiviti tersebut ditangguhkan kepada hari seterusnya. Sesi sebelah malam pula diteruskan dengan semua atlet, jurulatih serta pegawai berhimpun di surau untuk menunaikan solat berjemaah dan Majlis Bacaan Yassin. Aktiviti diteruskan pada jam 9.00 malam dimana aktiviti kedua iaitu "Management Games" diadakan dan aktiviti tersebut tamat pada jam 12.00 malam.



Hari kedua program diteruskan dengan soat subuh berjemaah dan diteruskan dengan Senamrobik pada jam 8.30 pagi sebelum sarapan pagi. Pada hari berkenaan, semua aktiviti outdoor dilakukan sehingga pukul 2.00 petang. Semua atlet dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan mereka perlulah melalui setiap check point yang telah ditetapkan mengikut clue yang telah diberi. Antara aktiviti yang perlu dilakukan peserta adalah rakit, merentas tasik, flying fox, abseiling dan rempuh halangan. Setiap aktiviti dan check point telah dipantau oleh fasilitator.


Setelah tamat semua aktiviti outdoor pada jam 2.00 petang, semua peserta berehat dan bersiap sedia untuk aktiviti Jungle Tracking. Memandangkan cuaca pada sebelah petang baik, aktiviti jungle tracking dapat dijalankan dan aktiviti tersebut memakan masa selama 2 jam dengan laluan yang agak mencabar serta menguji ketahanan fizikal peserta serta fasilitator. Aktiviti tersebut tamat pada jam 6.30 petang.Pada sebelah malam, aktiviti kebudayaan mengisi slot aktiviti terakhir dengan semua peserta diminta mempersembahkan persembahan yang telah diberikan. Antara tugasan yang diberika adalah Dikir Barat, Sketsa, Boria, koir, Lawak Jenaka, Tarian 60an dan beberapa aktiviti lagi. Program tamat pada jam 12.30 malam.


Hari terakhir diisi dengan permainan "Management Games" pada jam 8.00 pagi dan sebanyak 5 checkpoint disediakan yang perlu dilaksanakan oleh semua peserta. Aktiviti tersebut tamat pada jam 12.30 tengah hari dan semua peserta diberikan masa untuk bersiap sebelum majlis penutupan dijalankan.

Majlis penutupan dimulakan pada jam 2.30 petang yang turut dihadiri oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah Encik Muhamad Mahazi Haji Ibrahim, Pegawai Kanan Majlis Sukan Negeri Perlis Encik Zahidi Hamed, Ketua Unit Sukan Prestasi Tinggi Kedah Encik Mohd Farid Bin Mohd Fauzi, Pemangku Ketua Unit Unit Sukan Prestasi Tinggi Perlis Encik Mahadzir Baharom, Pemangku Ketua Unit Sukan Prestasi Tinggi Pulau Pinang Encik Hamidi Bin Lokman. Majlis penutupan dirasmikan oleh Pengarah MSN Kedah Encik Muhamad Mahazi Haji Ibrahim. Majlis bersurai pada jam 3.30 petang dimana semua atlet akan bergerak pulang ke negeri masing-masing.


Diharapkan dengan penganjuran kem seperti dapat memupuk semangat berdikari, sentiasa berdisiplin dalam apa juga dilakukan dan memupuk semangat setiakawan dalam berpasukan. Selain itu juga, ia dapat mengeratkan silatulrahim antara atlet dan staf USPTN Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh En Hafizuddin Bin Mohamad Rodzi.

No comments:

Post a Comment