Tuesday, October 21, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN REMAJA ANGKAT BERAT KEBANGSAAN BAWAH 16 DAN 12 TAHUN 2014 - HARI KELIMA ( HARI TERAKHIR )






Tarikh : 19hb Oktober 2014
Masa : 8.00 pagi hingga 1.30 petang
Tempat : South City Plaza, Seri Kembangan, Selangor

Hari ini merupakan hari terakhir bagi kejohanan ini dan kategori yang dipertandingkan adalah kategori 77kg Lelaki, 85kg Lelaki, 94kg Lelaki, dan 94kg atas Lelaki. Pasukan Pelapis Kedah telah menyertai 2 kategori iaitu 77kg Lelaki dan 85kg Lelaki.

Bagi kategori 77kg telah diwakili oleh Mohd Amirudin Zainon dan beliau telah berjaya mengangkat 70kg acara snatch dan clean dan jerk 85kg dan telah menduduki kedudukan ke 5.

Bagi kategori 85kg telah diwakili oleh Mohd Syamil Ikmal Abu Bakar dan beliau telah berjaya mengangkat 93kg acara snatch dan 120kg acara clean dan jerk.Mohd Syamil telah memperolehi 2 pingat perak dan beliau juga telah memperbaiki rekod peribadi beliau dengan peningkatan sebanyak 4kg bagi acara clean dan jerk.

Secara keseluruhan, Pasukan Pelapis Kedah telah memperolehi 3 Emas, 10 Perak, 1 Gangsa dan atlet banyak menunjukkan peningkatan terutamanya atlet PPS yang pertama kali menyertai kejohanan sebesar ini. Beberapa perkara yang perlu diperbaiki terutamanya bagi acara clean dan jerk dan perkara ini diambil maklum oleh jurulatih.

Sekian terima kasih.
Laporan disediakan oleh En. Hafizuddin Mohd Rodzi

No comments:

Post a Comment