Monday, August 11, 2014

LAWATAN PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT






Tarikh: 10 Ogos 2014 ( Ahad )
Masa: 5.00 Petang
Tempat: Dewan Angkat Berat SMK Alor Janggus

KEHADIRAN :

1. En Abd Malek Bin Rahman
2. En Mohd Hafiz Abd Aziz ( Penyelaras Majlis Sukan Daerah )
2. Atlet – 10 Lelaki, 1 Wanita


LATIHAN
1. Standing Clean and Jerk
2 . Clean Pull
3. Front Squat


UJIAN
- Tiada


PERTANDINGAN
- Pasukan Angkat Berat Pelapis Kedah melakukan persiapan ke Kejohanan Antara Zon yang akan diadakan di Pahang pada 19 – 21 September 2014.



KECEDERAAN
- Seorang atlet yang mengalami kecederaan pinggang telah hampir pulih dan akan sentiasa dipantau oleh jurulatih. Atlet tersebut adalah Nur Hamizan Abu Bakar dan beliau diberi latihan ringan oleh jurulatih.


PERALATAN
- Perbincangan dengan pihak sekolah mengenai penambaikpulih dewan menunjukkan tanda positif dan pihak sekolah masih lagi membuat perbincangan dengan pihak Jabatan Pelajaran Negeri dan PIBG.



PROGRAM BINAAN
- Program TID dan Klinik Sukan akan diadakan di SMK Alor Janggus pada 19 Ogos 2014 ( Selasa )


ULASAN
1. Kehadiran atlet wanita kurang memuaskan dan salah seorang atlet wanita meminta untuk mengurangkan jadual latihan beliau kerana ingin memberi tumpuan kepada peperiksaan SPM.
2. PPN telah berbincang dengan jurulatih untuk mengadakan Klinik dan TID Sukan di sekolah tersebut pada 19 Ogos 2014 dan hanya menunggu kelulusan dari pihak sekolah.
3. Jurulatih telah mengeluarkan penanda aras jumlah angkatan yang perlu dicapai oleh jurulatih pada tahun ini bagi setiap atlet dan ini merupakan inisiatif dari jurulatih bagi meningkatkan tahap motivasi atlet terutamanya atlet yang akan mewakili Kedah dalam SUKMA Sarawak pada tahun 2016.
4. Ujian kecergasan akan diadakan pada 14 Ogos 2014 bertempat di Dewan MSNK pada jam 4 petang yang akan dikendalikan oleh pihak ISN.


Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh En. Hafizuddin Rodzi

No comments:

Post a Comment