Sunday, August 24, 2014

LAPORAN UJIAN KECERGASAN BAGI SUKAN OLAHRAGA, ANGKAT BERAT DAN GIMNASTIK







Tarikh: 14 Ogos 2014 ( Khamis )
Masa: 4.00 Petang
Tempat: Dewan Kombat (MSNK).

KEHADIRAN :

1. En Syafiq bin Mad Ali ( USPTN )
2. En Mohd Syahir B. Mohamad Sabri ( USPTN )
3. En Hafizuddin Bin Rodzi ( USPTN )
4. En Mohd Hafiz Bin Ariffin ( USPTN )
5. Cik Nor Alya Bt Rosli ( ISN Kedah )
6. En Mohd Faez bin Mohd Ameer ( JSM Gimnastik )
7. En Abd Malek Bin Abd Rahman ( JSM Angkat Berat )
8. En. Mohd Zam Sairon Bin Mat Dan @ Saadan (JSM Olahraga)


KEHADIRAN ATLET :

1. Olahraga : Lelaki = 17, Wanita = 4
2. Gimnastik : Lelaki = 4
3. Angkat Berat : Lelaki = 6, Wanita = 4


Ujian kecergasan yang dijalankan melibatkan 3 jenis sukan iaitu olahraga, angkat berat dan gimnastik. Unian ini telah diadakan di Dewan Kombat Majlis Sukan Negeri Kedah dan melibatkan seramai 4 orang staff USPTN Kedah, Pegawai ISN Kedah, 3 orang jurulatih dan 35 orang atlet. Semua atlet ini adalah dari 4 pusat latihan iaitu di Pusat Latihan SMK Alor Janggus ( Olahraga dan Angkat Berat ), Pusat Latihan SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman ( Angkat Berat ), dan Pusat Latihan Negeri SK Jitra 3 ( Gimnastik ). Ujian kecergasan ini telah dikendalikan oleh pihka ISN Kedah iaitu Cik Nor Alya Rosli dan ujian yang dijalankan adalah Bleep Test.

Penilaian ujian ini akan dianalisis oleh piha ISN dan antara keputusan dalam ujian ini adalah bagi sukan olahraga yang tertinggi adalah tahap 10 / 4 dan yang terendah adalah 4 /3. Bagi sukan Angkat Berat pula yang teringgi adalah tahap 8 / 10 dan yang terendah adalah 3 / 3 manakala bagi sukan Gimnastik yang tertinggi adalah tahap 6 / 3 dan yang terendah adalah 5 / 2.

Rumusan dari ujian kecergasan telah diberikan oleh ISN dan antara perkara yang disentuh adalah mengenai tahap kecergasan atlet mengikut sukan masing-masing dan atlet perlulah menitikberatkan tahap kecergasan diri masing-masing. Selepas ini akan diadakan lagi ujian kercergasan pada bulan 10 dan pihak ISN mencadangkan ujain 2.4km akan diadakan kepada semua atlet USPTN Kedah supaya tahap kecergasan mereka sentiasa dipantau dan berada dalam tahap tahap kecergasan yang terbaik.


Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh En. Hafizuddin Rodzi

No comments:

Post a Comment