Monday, June 9, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN ANGKAT BERAT








Tarikh: 9 Jun 2014 ( Ahad )
Masa: 5.00 Petang
Tempat: Dewan Angkat Berat SMK Alor Janggus

KEHADIRAN :

1. En Abd Malek Bin Rahman
2. Atlet – 12 Lelaki, 2 Wanita


LATIHAN

1. Front Squat x 6 set
2 . Back Squat x 8 set

UJIAN
- Tiada


PERTANDINGAN
- Pasukan Angkat Berat Pelapis Kedah melakukan persiapan untuk menyertai Kejohanan Angkat Berat Zon Utara Siri 2 / 2014 bertempat di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.


KECEDERAAN
- Tiada


PERALATAN
- Keadaan platform yang telah uzur dan member risiko kecederaan kepada atlet ketika menjalani latihan.


PROGRAM BINAAN
- Program TID dan Klinik Sukan akan diadakan di SMK Alor Janggus dan tarikh belum ditentukan lagi.


ULASAN
1. Kehadiran atlet amat memuaskan dan atlet menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh.
2. PPN mengucapkan tahniah kepada 2 orang atlet dari Pusat Latihan ini yang telah memperolehi 3 pingat gangsa di SUKMA Perlis 2014 melalui atlet wanita iaitu bagi kategori 48kg dan 58kg iaitu Farhana Nabila dan Nor Nisya Izureen.
3. Dewan lantai telah dibaiki oleh pihak sekolah dan PPN ingin memohon bantuan peruntukkan dari pihak MSNK untuk membeli getah lantai bagi mengelak dewan lantai kembali rosak.
4. Penumpuan pencarian atlet wanita akan diperhebatkan bagi menambah jumlah atlet wanita di kedua-dua pusat latihan.
5. Program PPS di Pusat Latihan Sanglang telah pun dibuka dan dijalankan serta dipergiatkan lagi serta permohonan telah pun dibuat ke pihak cawangan oleh Ketua Unit En Farid Mohd Fauzi.
6. Semua atlet menjalani latihan di luar dewan bagi membolehkan dewan lantai kering sepenuhnya.


Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh En. Hafizuddin Rodzi

No comments:

Post a Comment