Wednesday, May 14, 2014

LAPORAN TID MENEMBAK













Pada April 2014 pihak USPTN Kedah telah mengadakan satu sesi pencarian bakat (TID) bagi mendapatkan atlet baru untuk dimasukkan di dalam program menembak yang bermula tahun ini di USPTN Kedah. Program tersebut yang mendapat kerjasama baik daripada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena dari segi tempat dan pelajar telah dapat menarik hampir 100 orang pelajar-pelajar tingkatan 1. Program bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang selepas sesi jamuan ringan kepada pelajar yang terlibat. Program dijalankan sepenuhnya oleh jurulatih, En. Zulkefli dan dibantu oleh pihak USPTN. Selesai sesi pertama, En. Zulkefli telah menyenaraikan seramai 30 orang pelajar yang layak untuk ke sesi kedua TID.

Sesi kedua dijalankan di Lapang Sasar Menembak Pokok Sena pada 9 dan 10 Mei 2014 dimana pihak USPTN Kedah telah menjemput wakil daripada pihak sekolah dan ibu bapa untuk memberi taklimat ringkas mengenai program USPTN Kedah dan sedikit jamuan ringan.

Turut hadir sama semasa program tersebut ialah Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah, En. Mahazi, Ketua Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri, En Farid dan staf-staf USPTN Kedah. Sesi kali ini lebih menjurus kepada pemilihan untuk mendapatkan kategori acara bagi setiap atlet iaitu acara Air Pistol ataupun Air Rifle.

Selepas ini, pihak jurulatih akan memberi senari pendek atlet yang layak dimasukkan di dalma program dan pihak USPTN Kedah akan mendaftarkan atlet tersebut di dalam program bagi tahun 2014.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.


Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Mohd Syafiq b. Md Ali.

No comments:

Post a Comment